Setiap kunjungan pelawat dihargai

Tuesday, December 6, 2011

PELUANG KE RUMAH PERDANA MENTERI (PM)


Keterangan gambar:
Atas: Rosmah dikelilingi para wartawan termasuk aku ketika mengadakan sidang media di kediamannya.
Bawah: Wartawan tidak melepaskan peluang bergambar di sudut paling cantik di rumah PM.



Apabila diarah masuk ke meja am atau `general desk'....satu-satunya arahan tukar meja yang paling tidak digemari oleh mana-manapun wartawan senior atau bahasa orang sekarang `otai' termasuk aku bukannya satu berita yang menyeronokkan...sebaliknya `satu tamparan hebat'....almaklumlah...balik ke meja am umpama menjadi semula wartawan kadet yang baharu hendak mempelajari asas dalam bidang kewartawanan.

Ingatkan dah jadi `otai' (dari perkataan bahasa Inggeris -old timer yang sudah disingkatkan dan dijadikan bahasa pasar) bolehlah bersenang-senang di meja rencana (maklum la `deadline' lambat).

Aku mudah sahaja - ikut sahaja arahan pihak atasan kalau ingin terus bekerja. Sebagai ganti rasa kekecewaan itu aku ubatkan dengan semangat `mencabar diri sendiri'...jangan sesekali mengaku kalah....nama pun wartawan...bukankah cabaran itu adalah diari kehidupan... Aku sahut ia dengan positif.

Ini sebenarnya kisah 1 Januari 2010...tapi aku ceritakan balik sebab banyak kisah-kisah menarik selain harus berada di dalam kelompok `wartawan kadet atau junior'.

Bagaimanapun cerita menarik yang aku rasa perlu dikongsi kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca blog aku...(berbanyak-banyak diucapkan terima kasih....) walaupun hari ini aku dapat cuti sakit (MC) dua hari sebab tersalah urat lagi..akhirnya kena jumpa doktor dan kena satu suntikan...masa tulis ni pun baru lima peratus sahaja kurang sakitnya. Sabar sahajalah..ini pun ujian dari Allah.

Sebenarnya masa kat meja am...aku akui paling kerap kena buat liputan Isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor - mengenai kisah Permata Negaranya (projek pendidikan). Inilah sahaja taraf VIP yang aku disuruh buat liputan pun...jauh sekali untuk buat liputan PM, Datuk Seri Najib Razak...(sebab sudah ada senarai wartawan terpilih).

Nasib baik masa `junior' dahulu dah banyak kali buat liputan bekas PM, Tun Dr. Mahathir. Itu pun kerana aku bertugas di Alor Setar, Kedah.

Kalau ikutkan hati macam terasa sangat dipinggirkan...tapi ahh..pedulikan saja...lagi senang kerja aku...Rosmah pun Rosmah lah...dengan fikiran positif maka aku letakkan inilah peluang terbaik untuk aku melihat dari dekat wajah wanita pertama ini. Selain itu aku juga berpeluang menjejakkan kaki masuk ke rumah PM kerana sidang akhbar (press conference -PC) Rosmah lebih banyak dibuat di kediamannya.

Biasanya setiap kali menunggu PC (perkataan mudah yang biasa digunakan wartawan), aku selalu berseloroh dengan rakan media ``Adik-adik semua mesti ingat sebab bukan semua orang boleh masuk ke rumah PM tau....kalau kita hanya rakyat biasa...minta maaf lah...jadi bersyukurlah kerana kita kategori `insan terpilih' kerana dapat masuk ke sini''.

Itu kelebihannya menjadi wartawan...satu `tiket' yang tidak boleh dijual-beli kerana `kaya' dengan pelbagai peristiwa yang dilalui menerusi kerjaya yang sering dilabel orang luar sebagai `penyibuk' atau `melilau' - kata orang Utara sebab berjalan ke sana ke mari mencari bahan dan pastinya di muka masing-masing tidak ada tertulis perkataan `malu'.

Selepas berpeluang masuk ke rumah PM, aku terkejut juga apabila melihat hiasan dalamannya sebab berbeza dari apa yang disangkakan - ingatkan sehebat dan semewah rumah jutawan kosmetik....tetapi yang aku puji makanan yang disediakan memang sedap.

Sampai disebabkan terlalu sedap...maka aku pernah berperangai buruk apabila sanggup bungkuskan beberapa biji kuih koci ke dalam beg tangan. Kuih koci dari rumah PM tu...

Yang kelakar adik-adik dari media lain sanggup menyokong perbuatan aku ini (agaknya mereka teringin juga tu tapi tak berani, malu atau takut??)...tapi aku pun bimbang juga sebab mana tahu dirakam oleh CCTV...nanti polis pengawal tu tak lepas aku pula...sebab `cilok' kuih koci. Tapi nampaknya aku selamat...he...he...

Biasanya Rosmah pula setiap kali selesai sidang akhbar akan tanya, ``Awak semua dah makan dengan kenyang.. baiklah kalau rasa nak makan lagi...silalah makan....kalau dah nak balik silakan balik...dan kalau nak tidur kat sini pun silakan'' Ada kalanya dia juga suka berseloroh...tetapi sesiapapun tak menyambutnya...hanya senyum saja... Namun kata-kata ini memang sukar untuk aku lupakan sehingga kini.

Yang sebenarnya kami memang `gerun' dengan Rosmah disebabkan sering membaca cerita kontroversi beliau di Internet atau cakap-cakap orang sehingga membuatkan antara kami cukup berhati-hati jika ingin bertanyakan soalan...selain itu di dalam hati masing-masing termasuk aku teringin sekali hendak bergambar berdua dengan Rosmah untuk kenang-kenangan....tetapi perkataan ini seakan tersekat di anak tekak walaupun telah berada dalam jarak semeter sahaja ketika bersalaman.

Tapi setakat yang aku kenali dia (masa sidang akhbar sahajalah)....tak pernah pula aku nampak dia naik berang sebaliknya dengan tenang menafikan segala tohmahan terhadapnya (pernah sekali berlaku soalan pedas dari seorang wartawan lelaki keturunan India - masa tu antara kami hanya mencebik muka antara satu sama lain). Alasan wanita ini `biarlah orang nak mengata dia apa sahaja...mulut orang bukannya boleh ditutup...kalau ikut mulut orang kita tidak payah buat apa pun'... Begitu cekalnya hati isteri seorang PM.

Rosmah juga tidak kisah kita (geng media) bebas untuk bergambar kenangan di dalam rumah dia, memerhatikan dia menggenakan kasut atau melihatnya sibuk nak melayan tetamu lain tanpa rasa curiga.

Ada rakan aku kata, Rosmah memang jaga media dengan baik maklumlah hendak minta tolong. Apa tak kisah pun sebab pertemuan itu untuk tujuan kerja....jauh sekali nak membodek dan dia pun manalah nak pandangnya muka aku lama-lamapun... Jauh sekali nak ingat muka aku.

Cerita tentang ke rumah PM...setiap kali pergi..maka aku sering dilabelkan oleh rakan-rakan media lain sebagai bernasib baik kerana sudah tidak terbilang melangkah masuk ke rumah PM.

Itu sebab banyak kali aku tak jemu-jemu mengambil peluang bergambar di dalam rumah PM...tahu di mana bilik PM duduk..he..he...

Tapi setiap kali aku memberikan kad media kat bilik pengawal tu...pertama kali yang aku perasan bahawa PM sangat sayangkan kucing....dan kebanyakan kucing di dalam rumahnya berwarna perang....

Sempat aku tanya polis, beruntung kucing ini duduk di dalam rumah PM...mesti selamat dan umur panjang....

Sebaliknya kata polis itu selamat apa..dah beberapa ekor mati sebab kena langgar kereta PM yang biasanya bergerak laju sewaktu hendak keluar dari `porch' rumah... Bukan salah PM..salah pemandunya yang kalut semacam....

Selama hampir setahun di meja am memang penuh dengan peristiwa menarik dan hakikatnya kerjaya ini memberi peluang kepada aku melalui pengalaman baru setiap masa....tidak pernah menjemukan!!

Thursday, November 24, 2011

KENA HATI-HATI ELAK MAKANAN HARAM

Semalam memang rasa berat hati pergi buat liputan mengenai pelancaran rekaan batu permata yang sememangnya dimiliki oleh seorang wanita Islam.

Ini merupakan kali kedua aku membuat liputan mengenai pereka yang sama. Mula sekali yang aku tak berkenan apabila pelancarannya dilakukan disebuah bar yang bebas menghidang arak untuk tetamu yang hadir dengan makanan yang tidak pasti halal.

Kebetulan pada masa itu aku duduk semeja seorang wartawan muda dari akhbar harian (Islam) memberitahu dia dan rakan-rakan biasa ke situ (patutlah dia sendiri pun bertindik lidah) di restoran & bar wine yang mahal itu.

Yang aku heran cepatnya gadis itu berubah...masa baharu jadi wartawan apabila aku sering bertembung dengan dia kerana membuat liputan pada majlis yang sama....nampak dia baik dan sopan.....tapi setelah dua tahun berlalu.... sudah lain macam mungkin `culture shock' dengan kehidupan wartawan yang dirasakan hidup dalam `glamour' dan hadir di majlis mewah.

Tapi aku sentiasa ingat pesanan bos pertama...`Ingat Sholina, memang la orang sambut kau dengan baik apabila membuat liputan kerana datang atas sebab mewakili syarikat akhbar yang besar seperti Utusan...tapi panggil itu atas sebab kerja....jangan perasan pula sebab tak akan ada sesiapa pun teringin nak jemput kau kalau bukan sebagai wartawan...jadi jangan lah lupa diri!!! Fuh..pedas kata-kata itu sampai aku tak lupa hingga hari ini.

Dan pada masa itu juga, jurugambar dari akhbar yang sama dengan aku seorang wanita yang sarat mengandung....semasa masuk ke majlis itu dia memang dahaga...tetapi membatalkan hasrat nak minta minuman kepada `waiter' kerana bimbang dengan `kehalalan'nya.

Katanya, ``Tak nak lah akak nanti anak saya makan benda haram...kesian dia'.... Bagus...dia ada kesedaran itu berbanding wartawan dari akhbar yang semeja dengan aku itu...

Lebih menggerikan pada majlis pelancaran itu apabila model-modelnya yang terdiri daripada wanita separuh abad (mungkin di kalangan rakan-rakannya yang terdiri dari wanita kaya yang terlepas masa untuk menjadi model) memakai kalung bertuliskan nama Allah yang dipakai pada pakaian yang mendedahkan dada.

Biasanya jarang wartawan ni tak menulis setelah diarahkan pergi membuat sesuatu liputan, dan pertama kali dalam hidup aku....bos kata tak payah buat.....sungguh menyakitkan hati apabila orang Islam sendiri mempermainkan nama `Allah'....untuk dijadikan perhiasan tanpa ada rasa tanggungjawab terhadap agama.

Jika ikutkan hati macam nak membantah arahan bos apabila diarah membuat liputan untuk kali kedua oleh wanita yang sama tetapi kata bos pergilah sebab perhiasannya seperti rantai yang dihasilkan memang cantik dan unik. Pada mata aku pula tak cantik langsung!!!.

Sebelum itu memang aku layari Internet nama restoran itu dan memang sah ia restoran @ bar wine ....yang menghidangkan makanan Jepun yang pastinya arak jenis sake.

Aduh apa nak jadi dengan wanita ini. Kalau pun koleksi perhiasannya ciptaannya berharga ribuan ringgit untuk menarik perhatian wanita kaya untuk membelinya adakah perlu membuat pelancaran di bar sebagai untuk menunjukkan imej yang hebat dan `antarabangsa'.

Masa aku tiba di majlis ini pula, penganjurnya sibuk menerangkan laman web syarikat ini yang baru diancarkan. Mata aku sibuk mencari wartawan dari akhbar lain dan memang tidak ada dan yang aku perasan kebanyakan tetamu hanya menggenakan gaun pendek atau baju tidak berlengan.

Rupa-rupanya aku satu-satunya wanita bertudung yang telah memasuki sebuah restoran yang pintu masuknya dipenuhi dengan susunan botol-botol wine.

Aku sebenarnya tidak kisah walau terpaksa membuat liputan di tempat-tempat seperti ini disebabkan kerja sebab sudah beberapa kali mengalaminya tetapi aku boleh terima jika penganjurnya bukan Islam yang biasanya akan berkali-kali mengatakan makanan dihidangkan itu halal untuk dimakan kerana menghormati tetamu media yang beragama Islam.

Kalau hadir pada majlis ini biasanya aku minum jer air kosong atau air bergas seperti sprite atau coke dan bukannya minuman ala `punch yang dalam pelbagai warna kerana bimbang jika dicampur dengan alkohol.

Nak minum `welcome drink' pun aku tolak ketika disambut gadis penyambut tetamu kerana beberapa hari lalu rakan aku wartawan hiburan memberitahu dia mengambil minuman yang bercampur dengan alkohol setelah dimaklum oleh `waiter' beragama Islam.

Sementara duduk di meja itu, aku perhatikan dahulu menu makanan tengah hari itu yang menang antaranya `rice wine' ...memang sah-sah kalau aku makan....dah hidup di dunia tak banyak buat pahala....ini lagi makan benda haram.

Aku terpaksa bohong sunat...walaupun sebanarnya tidak pun ada di dalam Islam hanya untuk mengelak dengan baik apabila penganjur men jemput aku makan...aku kata puasa...tetapi aku tengok wajah orang itu macam tak percaya saja dengan jawapan aku...he..he.... Aku pun apa pagi...selesai suruh jurugambar ambil apa yang patut maka keluar dari majlis itu dengan perlahan-lahan tanpa pengetahuan penganjur.

Dan sempat aku berpesan kepada jurugambar...jangan makan...cukup kalau minum sebab makanan di situ tidak halal.

Bila balik aku beritahu bos perangai pereka perhiasan wanita ini sekali lagi lancar majlisnya di bar.

Bos aku kata kenapa tak beritahu jer...dia orang hidang makanan tidak halal...aduh...aku pula bukan jenis mulut yang lancar nak mengeluarkan kata-kata seperti itu di hadapan ramai orang dan lagi pun aku berada di majlis orang.

Aku pun heran...patutlah ada orang buat kenyataan `orang Melayu ni sebenarnya tidak kisah tentang makanan...halal atau haram''. Ya la...dah tahu makanan Jepun tu letak arak...tapi makan juga...

Kata Chef Nabil..anak Melayu dari Alor Setar yang pakar dalam makanan Jepun...dia kata 80 peratus makanan Jepun tidak halal kerana menggunakan bahan haram seperti arak dan cuka. Sebaiknya kata Nabil jangan makan langsung....termasuk yang dijual secara pek di pasar raya...memang tidak halal.

Jadi pesan anak muda ini bahawa janganlah cuba-cuba nak makan makanan Jepun.

Tetapi memang ada kalangan rakan aku dan juga sampai di dalam Facebook menceritakan sampai terliur-liurlah teringin nak makan makanan Jepun...aduh....Hebat tekak orang Melayu ni...

Bagi aku senang saja, tak payah makan....banyak lagi makanan halal di dalam dunia...nak selamat masak sahaja di rumah....tapi bahan-bahannya juga pastinya halal sebab sekarang ni sikit-sikit nak letak juga babi...entah apa hebatnya binatang ini sampai boleh menjadi 1001 macam kegunaan termasuk di dalam kosmetik.

Sebab itu aku agak jarang makan di mana-mana majlis liputan demi untuk mengelak kejadian seperti ini. Biasanya aku penuhkan perut sebelum keluar membuat liputan.

Jarang sangat aku makan....kalau nak ambik hati pengajur biasanya aku akan meneguk air kopi sahaja.

Biasanya sesiapa akan kata, untungnya menjadi wartawan....asyik makan percuma sahaja dan bukannya di tepi-tepi jalan tetapi di hotel berbintang-bintang malah di restoran mewah.

Memang..kalau ikut hati...mana tahan tengok makanan yang enak tetapi semua itu biar berpada-pada kerana perut itu lubuk segala penyakit jika tidak dikawal.



Wednesday, November 23, 2011

SESAT CARI TEMPAT TUGASAN

Keterangan gambar: Kumpulan wartawan wanita yang membuat liputan `Assisting the Amazing' anjuran Nestle Professional bergambar dengan orang kuat Bayan Indah Culinary Retreat, Rohani Jelani (depan kiri)



Sesat antara cabaran yang mejadi lumrah kepada mana-mana wartawan untuk mencari tempat membuat liputan dan pengalaman ini lebih perit jika bertugas di kota atau pinggir Kuala Lumpur.

Mana nak mencari jalan dan terpaksa pula menempuh kesesakan jalan raya lagi sedangkan masa dah tenat kerana majlis akan berlangsung dalam tempoh beberapa minit lagi.

Jantung juga akan berdegup dengan kencang sehingga hawa dingin yang dipasang di dalam kereta pun tidak ada gunanya kerana peluh sudah mercik di dahi....dan bawa kereta pun sudah laju semacam di mana boleh membawa kepada bahaya pada diri sendiri.

Namun cabaran ini ada baiknya di mana mengajar aku lebih bertenang....di mana aku pujuk diri `pedulikan kalau pun majlis sudah bermula atau hampir habis setelah aku sampai' kerana yang penting berdoa kepada Allah supaya aku dapat pulang dengan bahan dan bukannya tangan kosong.

Disebabkan itu maka apabila ada tugasan yang terletak di kawasan yang jauh atau sukar dicari sehingga menyebabkan di dalam hati masing-masing berdoa agar bos memberikan tugas itu kepada orang lain.

Dulu masa mula-mula kerja aku pun memang rasa susah hati kalau terpaksa pergi ke tempat yang susah dicari serta jauh dari pejabat atau rumah.

Disebabkan dah lama maka gerunnya sudah hilang tetapi apabila diarah pergi membuat liputan di kawasan `jin bertendang' membuatkan aku rasa bosan.

Ini kerana aku sudah pasti yang bab-bab sesat mencari tempat tugasan ni seakan sudah sebati dengan aku...kalau tak sesat memang tak sah!!

Aduh...bos kata kena pergi buat liputan memasak anjuran Nestle di Bayan Indah Culinary Retreat di Sungai Penchala.

Sudah lah sepagi cuba mencari tempat ini dengan gajet GPS...pun gagal mengesan tempat ini dan cuba pula peta dalam telefon bimbit Nokia E5...pun masih gagal...

Semalam masa di pejabat aku buka Google Maps...pun tak nampak tempat itu...

Alamat tempat itu di Jalan Palimbayan 4, Kampung Palimbayan Indah, Jalan Sungai Penchala memang tidak ada dalam gajet ini....seolah-olah berada di jalan mati.

Macamana tu....akhirnya aku telefon Bayan Indah tapi cukup memeningkan apabila orang yang menjawabnya memberikan info untuk belok kiri dan kanan dengan pantas sehingga aku gagal menyimpan petua yang diberikan.

Aku sudah biasa sesat berkilometer tetapi sesat hari ini agak menggerunkan kerana aku perlu melalui jalan berbukit, curam dan kawasan hutan.

Asyik berpatah balik kerana salah tempat juga menyebabkan aku rasa macam hampir gagal nak sampai ke tempat ini.

Mana tidaknya asal telefon saja Bayan Indah minta info tempat, aku tetap masih salah belok dan menuju ke tempat lain.

Hinggalah di pergakhiran di satu simpang tiga (setelah di kepala jalan nampak papan tanda rumah ini) di mana membuatkan aku hampir panik apabila terpaksa berhenti kerana di hadapan aku adalah laluan terlalu curam dan begitu juga di sebelah kiri yang menunjukkan sudah tiba ke jalan mati.

Nasib ada seorang lelaki muda yang bermotosikal membawa aku sampai ke Jalan Palimbayan 4 tetapi aku mendaki lagi laluan curam yang kecil untuk menuju ke sebuah rumah yang memang salah.

Kebetulan aku nampai seorang lelaki yang sedang membasuh bahagian luar madrasah di situ yang akhirnya menunjukkan aku rumah kulinari yang dicari itu dengan tepat.

Sebaik sahaja masuk ke ruang Bayan Indah, 16 chef dari restoran yang dijemput ke bengkel sehari ini masing-masing sibuk memasak.

Aku pula yang masih `terkedu' dengan sesat ini terus saja masuk ke bahagian dapur.

Datang pula Pegawai Perhubungan Awam (PR) menyapa aku, ``Hei...mengapa awak berada di sini'.... Aku yang masih bingung kerana sesat tadi sebenarnya main masuk sahaja ke rumah itu kerana tidak ada sesiapa pun menyambut aku.

Patutlah aku ditegur kerana semua wartawan tidak dibenarkan memasuki kawasan dapur....semua kena duduk di tingkat atas...PR sudah maklumkan yang kami hanya boleh buat wawancara dengan peserta dan Rohani Jelani orang kuat Bayan Indah selepas dihidangkan makan tengah hari.

Aku juga nampak Rohani yang bekerjasama dengan Nestle ini sibuk di dapur bersama dengan peserta.

Pada ketika itu juga jurugambar belum ada lagi. Aku fikir mungkin dia perlu pergi ke tugasan lain dulu kerana kebiasaanya jurugambar akan sampai ke tempat liputan lebih awal dari wartawan.

Telahan aku meleset kerana Bob muncul lebih kurang 15 minit kemudian dengan wajah kelat yang menunjukkan pertanda bahawa dia juga sama iaitu sesat macam aku....sekalipun datang dengan motosikal....Kata Bob `GPS pun tak boleh kesan Bayan Indah'.

Lepas itu aku juga bertemu dengan wartawan dari akhbar dan majalah lain...di mana semua mereka memberikan rungutan yang sama iaitu `sesat' entah ke mana-mana. Mereka ini ada yang dibekalkan dengan peta oleh penganjur pun masih sesat.

Tambah pula aku dan Bob...hanya berharapkan GPS tetapi masih juga gagal mengesan tempat ini.

Dengan letih sesat yang belum habis dan disambut dengan jawapan tidak boleh mewawancara peserta dan Rohani maka aku buat keputusan untuk balik sahaja. Info yang ada sudah memadai.

Sudahlah nak cari tempat seksa, nak wawancara peserta pula lambat lagi dan walaupun dipujuk makan tengah hari....tetapi telah membuatkan aku rasa nak makan bersama peserta menjadi hambar.

Cukuplah aku dapat menikmati secawan nescafe dibancuh sendiri dengan muffin `savoury' yang sangat sedap rasanya kerana sebelum ini mana-mana majlis pun menghidangkan muffin manis yang memang tidak disukai aku disebabkan rasanya itu.

Lebih kelakar apabila balik sahaja pejabat, bos dah senyum-senyum dekat aku dan menunjukkan dia sudah tahu hari ini aku memang `sesat barat'!!!!.

Itulah kerja wartawan sehingga aku selalu kata...disebabkan tiap-tiap hari pergi ke tempat tugasan yang berlainan maka tidak hairanlah jika wartawan boleh jadi pemandu teksi bila pencen dengan bersandarkan pengalaman ini.







Monday, November 21, 2011

BUAT LIPUTAN DI JAKARTA 22-26 OKTOBER


Keterangan gambar
Atas - 10,000 ahli K-Link memenuhi Stadium Pusat Konvensyen Antarabangsa Sentul (SICC) di Bogor, Jawa Barat.
Bawah - aku dengan rakan media Malaysia bergambar bersama bos K-Link Indonesia, Dr. Mohd. Radzi (berkot tengah)



Setelah kali ketiga usaha bos nak hantar aku ke luar negara akhirnya berjaya.

Tapi katanya akak pergi sahajalah...`elaun tak der' dan pergi pun kat Jakarta saja...negara jiran yang terdekat.

Aku tak kisahlah...dah bos nak hantar pergi sahajalah...dan katanya ambillah peluang ini untuk bercuti sama sebab walaupun pemergian ini selama lima hari tetapi yang kerjanya cuma sehari sahaja.

Kata bos pula, K-Link adalah sebuah syarikat jualan langsung (MLM)...tapi aku cuma minta satu kat bos cuma benarkan aku buat tuntutan perjalanan kerana maklum pukul lima pagi semua ahli rombongan kena ada di LCCT, KLIA. Siapa nak hantar aku pagi-pagi buta ni. Teksi sahaja yang sanggup.

Tambang teksi selepas 12 tengah malam memang lah dua kali ganda...Itu pun aku dapat diskaun hanya RM120.

Setelah 16 tahun `kemarau' dari dihantar ke luar negara akhirnya pada 22 hingga 26 Oktober lalu akan mengikut rombongan K-Link dalam sambutan ulangtahun ke-11 peringkat antarabangsa pada tahun ini yang diadakan di Pusat Konvesyen Antarabangsa Sentul (SICC) yang terletak di Bogor, Jawa Barat.

Masa tunggu kat LCCT aku gelisah sebab pertama kali aku menjejakkan kaki di sini, mata juga liar mencari rakan-rakan media lain...sebab dah menjadi sikap mana-mana wartawan...pergi mana-mana majlis pun mula-mula akan cari rakan media dulu tak kisahlah dari syarikat mana.... maklumlah bosan lah kalau tak ada geng.

Alhamdulillah akhirnya ada wartawan wanita dari Bisnes, TV3 dan jurugambar, dua wartawan Nona juga TV3 dan jurugambar, seorang wartawan NST. Dua lagi lelaki dari bahagian pemasaran dan iklan TV3. Jadi geng kami lapan orang dan sejak di LCCT lagi kami dah berjanji untuk tidak berpecah walau ke mana-mana sahaja.

Masa duduk pun di dalam pesawat pun aku sebaris dengan seorang wartawan Nona dan Bisnes.

Mulanya aku ingat uhhh tak bestnya naik AirAsia..makluma la kalau naik MAS sahaja disajikan makanan. Rupa-rupanya orang K-Link dah tempah makanan untuk ahli rombongannya. Lega aku dapat makan.

Dalam perjalanan hampir tiga jam itu mata aku pula antara lelap dengan tidak sebab kekenyangan makan nasi goreng kerabu...memang sedap....

Ketika di kota Jakarta kami ditempatkan di Hotel Century Atlet Park. Lebih menggembirakan aku sorang sahaja di dalam bilik yang serba mewah tu.... Menariknya singkap sahaja tirai tingkap kelihatan Stadium Senayan yang tersergam indah.

Hari pertama...sejak sampai sekitar 8 pagi....rombongan kami dibawa melawat tempat sejarah, memang membosankan kerana perut aku sudah mulai lapar.

Tambahan pula masing-masing terpaksa bangun awal untuk ke LCCT maka....suara pemandu pelancong yang dikenali sebagai Pak Ali hanya kedengaran sayup-sayup sahaja sebab mata asyik nak pejam saja.

Bagi aku kota Jakarta tidak ada bezanya apabila pertama kali menjejakkan kaki ke sini pada tahun 1995...masih mengalami masalah sama iaitu kesesakan jalan raya yang teruk....bak kata Pak Ali....kalau machet (kesesakan) sering dianggap satu perkara `biasa' kepada penduduk kota Jakarta tetapi kalau tidak machet itu namanya `luarbiasa'.

Kami semua cukup kagum dengan Pak Ali, lelaki berusia 56 tahun ini begitu cekap menggingati tahun kepada setiap peristiwa yang bersejarah di negara itu.

Jenaka rakan-rakan, jika Pak Ali pada suatu hari nanti meninggal jangan dikuburkan kepalanya kerana otaknya yang mempunyai daya ingatannya cukup hebat...dan ada yang kata nak cucuk `USB' kat kepalanya sebab nak `download' fakta-fakta sejarah.

Tapi nakalnya kami (kumpulan wartawan) bersama dengan ahli K-Link suka mencelah untuk bertanya lain-lain perkara bagi membuat Pak Ali terpaksa terhenti seketika kerana terlupa fakta. Bukan apa saja mereka yang `nakal' ini hendak menganggu kelancaran apa yang diceritakan oleh bekas guru di sekolah rendah ini.

Aku sendiri pun tak tahan hendak ketawa maklumlah rakan-rakan media sendiri pun memang suka buat kelakar....memang aku dapat rasakan walaupun baru kenal kami antara geng media sudah mesra bagai adik-beradik.

Bukan sahaja saling menjaga di antara satu sama lain apabila terpaksa menempuh ribuan ahli K-Link yang dianggarkan berjumlah 10,000 yang memenuhi stadium tertutup SICC untuk meraikan ulangtahun ke-11 K-Link bagi menuju ke tempat yang disediakan untuk media.

Letih siang belum habis...masing-masing sudah tidak tahan dan antara media termasuk aku entah berapa kali sudah melelapkan mata di kerusi kerana acara yang terlalu lama dan telinga sudah tidak tahan dengan suara semangat ahli-ahlinya untuk menjadi `jutawan MLM'.

Hampir pukul dua pagi baru berpeluang untuk melelapkan mata sedangkan keesokkannya pukul 8 pagi geng media sudah mesti berada di lobi untuk pergi di Menara K-Link yang dibuka di Jakarta pada Jun lalu.

Memang K-Link pukul habis di Indonesia. Ahlinya sudah berjumlah 2 juta orang di Indonesia.

Kata orang kuatnya di Indonesia yang merupakan anak kelahiran Slim River, Perak, Dr. Mohd. Radzi dengan bangunan RM100 juta itu sudah membuktikan K-Link bukan sebarangan MLM sekalipun beliau terpaksa `berperang' dengan usaha untuk mensabotaj produk MLM itu.

Masuk hari kedua memang aku dan rakan media yang lain terasa sangat letih...sampai aku dah mula buat perpatah `di mana dapat bersandar di situlah mata akan terlelap'....jadi nampak sangat geng media akan `pejam mata' sebaik sahaja dapat duduk di kerusi apa tah lagi di dalam bas.

Bagaimanapun seronoknya mengikuti K-Link ni kami semua dijamu dengan makanan yang enak dan restoran yang terbaik.

Tapi dalam banyak makanan yang disajikan di sepanjang lawatan ini, aku dan geng media memang tidak berapa suka dengan makanan Sunda...maklumlah kering sangat....langsung tidak berkuah dan rasa macam nak jirus sahaja air kosong ke dalam nasi.

Menyentuh tentang makanan Jawa ini, semenjak bekerja dengan rakan-rakan sejawat di Mega Utusan Malaysia yang kebanyakannya orang Jawa maka sekarang aku sudah menyukai sambal goreng Jawa dan ayam penyek sekali pun sambalnya pedas menyegat.

Dulu aku juga tak suka tempe....tetapi semenjak tengok anak saudara aku, Wi suka sangat makan tempe goreng aku mencuba dan sekarang sudah mulai suka.

Semasa di Jakarta juga aku dan rakan-rakan awalnya merancang nak ke Tanah Abang tetapi jalan sesak membuatkan kami semua `tabahkan hati walau sikit terkilan' kerana gagal membeli-belah di tempat yang tersohor ini.

Aku dan rakan tetap sabarkan hati nak membeli-belah pula di Pasar Baru, Bandung.

Sebab itu sekalipun bas kami tiba di Pasar Baru sudah pukul 5 petang dengan hujan teramat lebat....semua tak kisah basah kuyup asalkan dapat membeli-belah di sini.

Masa selama sejam yang diberikan dengan mana lagi kebanyakan kedai sudah mula tutup..masing-masing antara kami terpaksa berpecah demi untuk membeli-belah supaya masing-masing tidak kecewa lagi.

Lagi seronok apabila keesokan paginya, aku dan geng media membuat atur cara sendiri (sebab satu lagi kumpulan nak membeli-belah di Rumah Mode yang sememangnya jauh dari citarasa aku) maka kami berjalan kaki ke Pasar Baru dari penginapan di Arion Swiss-Belhotel yang cuma mengambil masa selama 15 minit sahaja.

Kali ini memang puas membeli. Sekalipun ada seorang rakan mendapat khismat pesanan ringkas (SMS) bahawa penerbangan ditangguhkan tiga jam tetapi masing-masing merasakan masa yang diberikan selama sejam di Pasar Baru sudah memadai.

Tak ada apa sangat yang hendak dibeli, aku cuma beli kain sulam dan telekung.

Masa ini aku terfikir kenapalah orang Malaysia begitu `gila' membeli-belah di Bandung.

Ada seorang rakan media memberitahu, isteri dan adik beradiknya ke Bandung hanya untuk membuat rawatan mengikat gigi (braces) sebab harganya murah. Begitu juga dengan adik ipar tukang jahit aku di Kangar sanggup ke Bandung untuk membeli pakaian pengantin yang katanya murah dan boleh siap dalam masa sehari.

Kuatnya semangat orang Malaysia menjana ekonomi negara luar. Itu belum kira berapa billion ringgit setiap tahun rakyat asing `mengepos' wang dari negara ini untuk dihantar ke negara masing-masing.

Aku pula hanya membeli ala kadar sebab bagi aku lebih seronok membeli-belah di dalam negara sendiri kerana boleh buat pilihan sama ada hendak membeli barang yang berharga mahal, sederhana atau murah....selain itu pilihan juga amat banyak.

Pengalaman aku ke luar negara kali ini memang menyeronokkan kerana bukan sahaja tidak perlu menghantar sebarang berita dengan segera kerana setelah pulang sahaja baharu akan memulakan kerja untuk mengarang rencana.

Betul kata bos, ini peluang untuk aku bercuti. Alhamdulillah..sebab selama lima hari ini tidak ada yang kurang...sekali-sekala rasa macam `rich and famous'...dengan layanan terbaik dari K-Link dan rakan media.

Sehinggalah di saat akhir ketika kami semua nak `check-in' penerbangan apabila aku tiba-tiba merasakan pasport tidak dikembalikan....sedangkan semua ahli rombongan sudah dapat....sampai semua orang panik...riuh sebentar kat lapangan terbang Bandung...akhirnya aku dinasihatkan periksa poket beg tangan...memang terselit di situ.

Kata seorang wartawan..akak ni memang cari publisiti....muka dia orang semua macam nak marah aku...aku selamba jer kata `jangan marah yer....akak kan dah berumur (lebih dari semua ahli rombongan)....biasalah kadangkala terlupa..he..he....aku pasti `kecoh' yang aku buat tidak akan dilupa oleh semua ahli rombongan sampai bila-bila...

Friday, November 11, 2011

SUMBER YANG CEREWET

Baru-baru ni bos hantar aku ikut lawatan sebuah syarikat jualan langsung (MLM) yang berpangkalan di Kuala Lumpur sejak tahun 2000 ke kota Jakarta untuk membuat liputan majlis sambutan ulangtahun peringkat antarabangsa kali ke-11.

Entah macamana setelah kali ketiga bos mencadangkan aku untuk keluar negara ((semenjak duduk di meja Keluarga) baharu dapat peluang ini dan katanya, ``Akak elaun tak ada yer sebab syarikat hendak berjimat''. Fuhhh....dah lah 16 tahun tak pernah aku dihantar ke mana-mana pun....bila dapat keluar elaun pula tak ada....Tak apa lah...sudah nasib...pergi pulak tu ke tempat yang dah aku sampai pada tahun 1995.

Tak kisah lah....dah nak hantar ikut sahajalah....pergi jangan banyak songeh!!!

Kisah yang aku nak cerita ni bukan pasal ikut rombongan MLM ni tapi kisah aku menulis rencana mengenai syarikat ni....

Sebenarnya aku dah siapkan pun rencana dalam tiga muka surat berkaitan MLM ini untuk ruangan fokus Mega nanti sebaik masuk kerja.

Salah seorang pengurus yang juga sebagai PR (perhubungan awam) syarikat ini pada suatu hari menelefon aku dan katanya nak aku emelkan rencana yang dah siap itu supaya dapat dibuat semakan sebelum ia disiarkan.

Sebenarnya inilah salah satu perkara yang membuatkan mana-mana wartawan memang `bengang' hendak melayan sikap sesetengah daripada sumber yang tidak percaya dengan apa yang kita tulis.

Kalau sudah tidak ada kepercayaan maka tidak perlu panggil wartawan.

Alasan untuk semakan ini sebenarnya menyusahkan kerana biasanya sumber ini akan mengambil masa berhari-hari sedangkan bahan ini sudah diminta oleh editor yang hanya menyemak dalam tempoh tidak sampai setengah jam.

Sikap sumber yang cerewet ini memang `memualkan' mana-mana wartawan termasuk aku sendiri.

Sekali lagi aku terpaksa berdepan dengan karenah syarikat MLM yang mungkin merasa aku sangat terhutang budi dengannya kerana dah bawa aku melancong secara percuma ke Jakarta dan Bandung.

Aku pun sedar dan tidak mudah lupa dengan jasa orang... jadi disebabkan itu maka aku tepaksa juga meringan-ringankan jari menghantar salinan ini menerusi emel kepada pengurus tersebut.

Rupa-rupanya tiga hari dia mengambil masa untuk menyemak tulisan aku.

Tapi kali ini dia bernasib baik kerana bos aku belum pun lagi menengok bahan aku tu sampai aku tulis di blog ini (entah kenapa kes ini tak pernah berlaku atau dia pun macam tahu aku ada masalah dengan kakitangan syarikat ini???) .

Setelah beberapa kali aku menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) baharulah dia membalas kembali.

Aduh....nasib baiklah aku ni jenis susah nak marah orang.... Dia telefon aku hanya untuk beritahu bahawa semua ayat dan ejaan yang aku tulis itu betul kecuali perkataan Datuk sepatutnya ditulis Dato'. Ingatkan berhari-hari membelek tulisan aku untuk mencari fakta yang salah.

Aku jelaskan tidak perlu dia bersusah-payah membaca kesalahan ayat dan ejaan aku kerana apa yang penting tengok fakta sahaja kalau aku salah tulis.... itu sahaja. Sebab aku kan ada bos yang akan edit rencana mengikut apa yang dia inginkan.

Ni lah sebab mengapa wartawan malas nak melayan sumber yang memandang rendah di atas kebolehan kami.

Pengurus MLM ni lain macam perangainya....sudahlah cakap bagai mengarah-arah. Tak kan aku perlu eja Datuk pun mesti ikut kemahuan dia...aku kata ia tidak boleh diubah sebab ini `house style' Utusan tetapi nampaknya dia masih tak dapat memahami bidang kerja orang lain. Macamana tu????

Sedangkan semasa aku bekerja di meja am pun, editor yang kebanyakannya bertaraf adik - sekalipun jarak usia tidak begitu jauh tak akan bercakap dengan kasar dengan aku dan biasanya akan meminta dengan baik jika mahu aku mengubah semula ayat yang dimahukan mereka sebab masih hormatkan `akak senior'.

Sayang sekali....orang macam ni seperti tidak berpijak di bumi nyata....aku yang lebih 20 tahun dalam bidang kewartawanan dan hampir bertugas di kesemua meja termasuk sebagai penyunting selama lima tahun pun dia tak heran sebab dari `businees card' yang aku hulurkan cuma tercetak perkataan `journalist' berbanding dengan dia seorang `manager'.

Tidak mengapalah....sekalipun aku hanya seorang wartawan....di mana rakan sekuliah aku sudah bertaraf nombor tiga di dalam syarikat.....tetapi tak ada pangkat pun janganlah perlekehkan seseorang itu sebab sebenarnya bukan semua orang `gila' nak kejar pangkat.

Aku pun bukan perasan diri hebat sehingga tidak boleh orang komen tetapi biarlah yang bertempat dan bukannya remeh-temeh bagi menunjukkan dia seolah-olah lebih hebat dari editor tempat kerja aku.

Apapun kita kena belajar menghormati kerjaya orang lain dan jangan sesekali memandang rendah pada sesiapa sahaja dan boleh jika ingin membuat teguran tetapi biarlah secara berhemah kerana kata emak `tidak rugi jika kita cuba menjadi ayam betina' ok.

Saturday, November 5, 2011

KETUPAT PALAS HIDANGAN UTAMA HARI RAYA



Mana mungkin di pagi raya tiada hidangan ketupat palas.

Tidak dapat tidak...ketupat antara makanan tradisional orang Melayu khususnya di negeri sebelah Utara termasuk negeriku Perlis...juadah yang mesti ada sama ada pada hari raya Aidil Fitri atau pun Aidil Adha sekali pun dalam masa yang sama sibuk nak menunaikan ibadah korban.

Walaupun hari raya Aidil Adha tahun ni...aku tak pulang beraya...tapi masa pulang dari Perlis sejak tugas hari lalu aku dah siap beli daun palas.

Pada hal tadi semasa aku ke Pasar Chow Kit...berlambak peniaga jual daun palas...konon nak elak kelam-kabut maka daun ini dibawa dari jauh demi utk menyambut raya dengan hidangan ketupat di kota metropolitan...Kuala Lumpur.

Bercerita tentang ketupat palas....tersengih aku apabila Makcik Ramlah (bekas rakan sebilik masa di Madinah ketika mengerjakan haji tahun lalu) menceritakan anak-anaknya langsung tidak mahu belajar buat ketupat.

Dia tanya aku pandai tak..oohh..mesti...mana mungkin aku tak hendak mewarisi budaya Melayu ini.

Bagi aku adalah sayang sama sekali generasi muda tidak ada kemahiran membuat ketupat palas ini.

Mungkin jawapannya apa susah..beli saja yang dah siap. Ya memang boleh beli tetapi sebenarnya daripada membuat ketupat itu memberi peluang kepada seluruh ahli keluarga beramai-ramai berkumpul untuk membuatnya bersama-sama.

Bukan sahaja boleh mengeratkan silaturahim malah membolehkan ilmu membuat ketupat ini diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

Sekalipun ketupat dikatakan semakin kurang diminati oleh generasi muda tetapi bagi aku ketupat dan raya umpama lagu dan irama di mana sukar untuk dipisahkan.

Bagi aku seolah-olah tiada kemeriahan raya jika beberapa hari sebelum itu mana-mana rumah tidak diserikan dengan kesibukan untuk mencari daun ketupat, membuka daun ketupat (yang mesti dilakukan sebelum sehari membuat ketupat), membalut ketupat dan menyediakan gulai atau rendangnya untuk dimakan bersama keluarga di pagi raya.
Untuk mahir membuka daun ketupat bukannya mudah kerana kemahiran ini perlu dipelajari secara berperingkat-peringkat...daripada membuka daun palas untuk dibentukkan menjadi kelongsong ketupat dan untuk membalutnya setelah diisikan pulut juga bukan mudah.

Apa tah lagi untuk menanak pulut supaya pulut rasa sedap selepas melakukan proses terakhir iaitu merebus atau mengukus ketupat.

Aku pun tidak ingat usia berapa sudah belajar membuka daun ketupat tapi yang pasti di peringkat sekolah rendahlah....ketika itu ibu dan nenek hanya berikan daun palas sahaja untuk aku main-main....apa yang penting asasnya tahu membuka daun palas dahulu...iaitu proses membuat kelongsong atau bentuk ketupat dahulu.

Tetapi proses belajar ini bukan untuk sekali menyambut raya sahaja dah cekap tetapi mengambil masa selama bertahun-tahun sebelum layak diberikan tugas mengisi pulut ke dalam kelongsong daun palas.

Masa ni la siap gelak ketawa yang akan berlaku perkara lucu apabila tiba-tiba menjadi `ketupat betina'...maksudnya kena buka balik sebab cara balutan dah salah....kena betulkan balik menjadi `ketupat jantan'....baru betul dan pandai.

Nampaknya sampai ke ketupat pun...masih dimonopoli oleh kaum lelaki...apabila diletakkan sebagai piawaian kepada balutan yang terbaik dalam membuat ketupat palas.

Apa pun aku sendiri belum dapat menilai sejauh mana kemampuan untuk membuat ketupat palas terbaik...kerana setakat ini....aku sekadar menjadi pembantu ibuku yang masih gagah di dapur walau pandangan telah mulai kabur....

Monday, October 10, 2011

HARI DI MANA AKU DAN KERETA SAKIT

Semalam ke Puncak Alam, ke rumah abang kandung yang menetap di sana.

Aku suka ke Puncak Alam yang terletak di dalam daerah Kuala Selangor....kawasan paling dekat yang boleh membekalkan ikan laut yang segar. Ini penting kerana mak aku yang mengalami alahan yang teruk...tak boleh langsung jamah ikan lama....alamatlah mata ni berair sakan...sungguh teruk sampai mak terpaksa ambil ubat.

Entah macamana sebab nak memilih ikan yang mata jernih...bukan merah...maka membuatkan aku terpaksa membongkok agak lama untuk mencari yang terbaik.... Ni la katanya peniaga, sengaja pula dicampurkan ikan lama dan baru....

Dua kilo tu...maka lama juga aku ralik memilih ikan....tak sangka pula bila balik sahaja rumah...dah pun terasa bahagian belakang atas pinggul dah rasa tersilap urat.... Bak kata mak aku orang badan berisi ni mudah tersilap urat...kalau tak berjaga-jaga sikit pun boleh kena.

Petang pula pergi isi minyak kat Shell di Saujana Utama....balik tu tak sangka....dah kena lebih RM300 untuk baiki kereta aku yang mengeluarkan bunyi bagai air mendidih di sebelah penumpang rupanya tidak pulih lagi. Aduh.... panik lagi aku.

Mana yang bahagian belakang ku sakit....ke redah juga dalam debaran yang amat sangat...53 kilometer tu....nak sampai ke rumah di Kuala Lumpur dan mak cuba bercakap-cakap kosong dengan aku....sebab dia tahu aku panik...tapi aku lebih banyak berdiam diri...dalam hati banyak berzikir dan memohon doa kepada Allah supaya perjalanan kami berdua selamat.

Lepas tol keluar dari Puncak Alam...berhenti sekejap dalam sepuluh minit...kemudian baru teruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dengan penuh debaran lagi... Aku pula sengaja tak buka pendingin hawa untuk mengelakkan dari berlaku `bunyi-bunyian' yang tidak enak ini.

Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke rumah. Esok lah nak tengok air kereta ni.

Risau juga memikirkan esok ada tugasan kat Shah Alam...dah dekat Kelang sangat tu....sangat jauh...kereta pula bermasalah....Tepat 6 pagi aku terima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada setiausaha Datuk Farshila - Pengarah Eksekutif Pharmaniaga yang minta dibatalkan janji temu sebab Datuk tak sihat. Alhamdulillah syukur hanya Allah yang memahami umatnya yang sedang dalam kesusahan.

Bagaimanapun tepat 9 pagi ni aku mesti ke pejabat sebab nak fakskan salinan pasport ke syarikat yang nak bawa aku ke Jakarta pada 22 Oktober ini.

Disebabkan jalan semakin sesak kat Jalan Raja Muda Aziz menuju ke Jalan Tun Razak maka aku akhirnya tiba-tiba ambil keputusan terus belok sahaja ke bengkel kereta 2H - kesemua pekerja di sini termasuk dua taukehnya Halim dan Harun ini memang Orang Kurang Upaya (OKU).

Sampai ke situ aku jumpa lagi mekanik dan beritahu masalah kereta masih tidak selesai dan lega juga sebab aku dah selesaikan urusan faks ke syarikat berkenaan setelah minta tolong dengan kerani kat situ (tak apa lah kena bayar RM2 pun) - kalau lambat faks bermakna kemarau 16 tahun aku tidak dihantar ke luar negara akan berterusan.

Masa tu aku dah siap SMS bos untuk minta cuti kecemasan dan batalkan tugasan untuk jurugambar yang akan buat liputan bersama-sama dengan aku di Shah Alam nanti.

Dah balik rumah fikir pula, rasa rugi kalau ambil cuti....lagi pun duduk sahaja kat rumah sekadar nak melayan sakit urat dan menunggu kereta siap dibaiki di bengkel maka akhirnya aku ambil keputusan ke tempat kerja dengan menaiki teksi.

Bos aku pula berikan kebenaran untuk aku balik awal untuk ambik kereta kat bengkel.

Masa matikan enjin tadi dah tak dengar sebarang bunyi...harap-harap kau tak meragam lagi aduh susahnya apabila kereta sakit...aku pun sama juga sakit....semasa menaip ni pun aku gagahkan juga....semangat ini kuat demi untuk kemas kini blog....

Friday, October 7, 2011

KISAH KUCING GELANDANGAN


Siapa tak `jatuh hati' kalau tengok kucing.... Begitu juga dengan aku... Kali ni nak bercerita pasal kucing.

Kucing ini sebenarnya bukan milik aku bahkan tidak dimilik oleh sesiapa pun yang tinggal di kawasan perumahan aku ini. Sebenarnya kucing ini tidak bertuan...Aku pun tak tahu sejarah kucing ni sebab dah hampir lapan tahun aku tinggal di Kampung Baru ni....dia memang dah ada pun. Cuma masa tu aku tak pernah peduli dia pun sebab masa tu dia memang ada tuan iaitu gadis bujang yang tinggal di tingkat bawah.

Menurut jiran aku di rumah bawah ni, tuan kucing tu dah lama pindah balik kampung dan dia juga yang telah `mengkasikan' kucing ni. Aku namakan kucing ini sebagai `Pong' dan ada baiknya kucing jalanan seperti Pong ini dikasi supaya tidak mengandung dan melahirkan anak-anak sehingga bersepah merata-rata. Tetapi kasihan pula aku tengok sebab Pong akan lari lintang-pukang kerana dikejar kucing-kucing jantan yang datang nak mengoda.

Aku pula mula serius untuk menjadi `tuan tak bertauliah' kepada Pong hanya setakat memberi makan sahaja itupun semenjak mak mula tinggal bersama aku tiga tahun lalu. Ini kerana mak memang ada masa untuk melayan kucing ni termasuk membuka pintu rumah pada bila-bila masa jika Pong lapar nak makan `Friskies' atau minum air.

Ada cerita menarik tentang kucing ni...di mana sikap Pong telah mengingatkan aku tentang novel yang dialih bahasa Jepun `Hachiko - Kisah Anjing Yang Setia' yang dibaca ketika aku berada di bangku sekolah rendah. Kisah anjing ini tidak pernah luput dari ingatan aku sehingga sekarang. Aku sedih mengenangkan setianya Hachiko yang akhirnya mati kesejukan kerana setia menunggu kepulangan tuannya di stesen keretapi. Sudah tugas Hachiko pada setiap pagi akan menghantar tuan ke stesen keretapi dan juga akan menunggu tuannya di situ ketika pulang. Tetapi Hachiko tidak tahu pada suatu hari tuannya telah meninggal tetapi dia tetap setia menunggu. Tugu Hachiko telah dibina di stesen kereta api di situ sebagai mengenangkan kesetiaannya itu.

Sikap `Pong' ini juga ada seiras-iras dengan cerita Hachiko. Pong memang begitu menghargai orang-orang yang memberi dia makan.

Biasanya yang akan memberi dia makanan selain aku juga seorang jiran tinggal di tingkat bawah, seorang kakak penjual lontong dan seorang nenek yang suka lepak di gerai jual nasi lemak di lorong jalan kat hadapan rumah aku.

Pong sekalipun tidak bertuan tetapi dirinya tidak akan kebuluran seperti kucing gelandangan yang lain....kerana banyak insan-insan yang menyayangi dia...misalnya...rumah aku menyediakan makanan selama 24 jam (tapi amat malang kepadaPong sebab aku selalu balik kampung yang biasanya dua atau tiga hari pada setiap sebulan), jiran bawah biasanya akan berikan dia makan pada waktu malam selepas balik kerja, kakak jual lontong yang akan lalu tepat 11 pagi di hadapan rumah aku itu pula akan sediakan seketul ayam goreng yang siap dibuang tulang untuk Pong dan nenek yang akan bawa bekalan makanan untuk dia setiap pagi.

Memang Pong seekor kucing yang begitu menghargai jasa orang yang memberikan dia makan. Apa yang aku perhatikan dia ada jadual tetap dalam `melayan' orang-orang ini mungkin sebagai tanda penghargaan yang tidak dapat dihuraikan dengan kata-kata (maklum la tak boleh bercakap..nama pun kucing..he..he..)

Jadi tepat pukul lapan pagi, kucing ini akan siap menunggu gadis di rumah bawah yang akan keluar bekerja untuk dihantar sehingga ke hujung jalan kira-kira 20 meter dari rumah kami....Selain itu pergerakan Pong memang terhad di dalam kawasan perumahan ini sahaja.

Selepas itu Pong akan menyambung tugasnya lagi untk menunggu neneknya yang akan membawa makanan yang dah siap dalam bekas lagi sekitar pukul 8 lapan lebih....Dia akan makan dan kemudiannya akan berlegar-legar di tempat nenek melepak...termasuk sekali tu aku nampak berak pun dekat-dekat semak dekat situ. Selagi nenek tidak balik dia akan menunggu sahaja di situ.

Tepat pukul 11 pagi pula, kakak penjual lontong dengan kereta tolaknya dan berhenti di depan kawasan rumah aku untuk memanggil Pong yang kemudiannya berkejar untuk makan ayam goreng.

Nanti bila pukul 9 malam pula Pong akan tunggu kepulangan jiran di rumah bawah yang akan sampai ke rumah pada waktu ini untuk diiring sehingga masuk ke rumah.

Tapi kalau dengan aku Pong memang pening. Dia tak dapat menggagak masa keluar dan balik aku seperti orang lain. Cuma dia ada juga usahakan tunggu aku pulang dari kerja. Biasanya dia siap lepak kat depan pintu rumah sambil menjilat bulu - kegemarannya di masa lapang.

Agak kelakar Pong ni memang seekor kucing yang begitu mudah terkejut dan kuat merajuk. Pantang terjatuh sikit barang maka dia akan lari sekalipun ketika itu tengah makan dan kalau lama sangat dia meminta makanan dan kami buat tak tahu sebab sibuk maka dia akan keluar selamba saja dari rumah sehingga tak berpaling lagi...merajuk!!!.

Pong ni memang kucing comel dan bersih tetapi tidak suka jika ada yang nak bermanja-manja dengan dia. Ia jenis suka mengigit dan agak garang. Aku pula sengaja biarkan dia mengigit jari aku kerana tidak berbekas pun dan ini membuktikan yang usia Pong sebenarnya sudah tua sebab gigi pun dah tumpul.

Sebab itu jika aku nak bagi makan ikan rebus biasanya mak akan buangkan tulang ikan dan ambik isinya sahaja bagi memudahkan Pong mengunyah dan menelan dengan mudah.

Sejak beberapa malam ni Pong nampaknya memilih untuk tidur kat rumah aku maklum la hujan lebat di siang hari pastinya akan membuatkan dia kesejukan kalau tidur di luar.

Aku faham sangat kalau bukan pintu dia buat tak tahu saja maka dia nak tumpang tidur. Biasanya Pong akan mengeluarkan suara kuat di hadapan pintu rumah jika hendak keluar. Tak mengapalah....aku pun suka dia tidur di tempat yang selesa.

Lagipun Pong kucing yang pandai membawa diri. Bukan sahaja tidak pernah memanjat atau menyelongkar makanan di dalam rumah aku tetapi tidak berak atau kencing sesuka hati sekalipun semalaman berada di dalam rumah.

Dia cuma minta makanan, minuman dan tempat tidur itu pun kalau cuaca sejuk di luar. Pong oh Pong....kucing gelandangan yang sangat bertuah kerana disayangi semua orang.

Thursday, October 6, 2011

LEPAS KERJA ANGKAT GENG MAKAN AYAM PENYET DAN PECEL LELE


Lepas siapkan artikel interbiu dengan Pengarah Eksekutif Genius Aulad, Zaliza Alias di Bandar Baru Bangi semalam, memang rasa kepala dah naik bengang...maklum lah pulun sakan depan komputer untuk siapkan artikel ruangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wanita, untuk Mega Utusan Malaysia keluaran Rabu depan...aku pula jenis tak suka simpan bahan dan semuanya nak disiapkan dengan segera....lagipun tak nak menambah beban sebab esok ada lagi tugasan menunggu.

Kebetulan pagi tadi aku dan rakan sekerja serentak terima khidmat pesanan ringkas (SMS) dr bos...minta siapkan artikel yang tak buat lagi....kata rakan senior aku...``kita dua tak perlu tunggu sms baru nak siapkan artikel...ni kes nak tembak orang lain...tembak sekali orang yang macam kita yang memang tak pernah `peram' bahan lama-lama.... !!' Gitu la hidup...yang jujur selalu dicurigai....yang kelentong selalu dimenangi...Tak apa lah....janji tanggungjawab dah selesai...Allah tahu aku tak menipu...

Tapi kumpulan makan kat luar ni cuma sekali-sekala sahaja....biasanya dibuat bila masa `cuti solat' supaya lebih mudah sebab hati lebih tenang kerana tak perlu bimbang dek seronok makan sampai lupa tanggungjawab terhadap Allah.

Hari ni nasib kami baik (konvoi dua kereta...aku sorang...Yati dan Nisa `car pool'....) aku pula nak balik rumah terus sebab dah dekat....sebelum keluar aku sempat tengok laman web LLM Trafik....Fuhhh..bagus minggu ni Jalan Tun Razak memang tak sesak....hampir 20 minit memandu....sampai lah kami.

Bak kata Yati...ibu bapa ambil cuti sebab minggu ni peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)....masing-masing nak awasi anak....Anak saudara aku yang cute...Syakeel pun sama....tapi ayah dia tak ambil cuti pun....rileks jer.....kalau dapat 9A...he..he....wang besar menunggu dari aku dan neneknya...Bak kata mak aku wang itu untuk membakar semangat....Ya la macam kita juga kuat kerja untuk dapat wang kan???

Cerita pasal Pecel Lele yang sedap kat sini pun...hasil gembar-gembur bekas rakan sekerja aku, Ardi yang kini berhijrah ke akhbar lain..asyik-asyik cerita pasal Pecel Lele Kampung Baru saja kat dalam Facebook...katanya sedap sangat sampai terbawa-bawa ke tempat kerja bila lapar....hebat tu!!

Yang aku geram dah lama aku tinggal kat Kampung Baru ni tapi tak tahu kisahnya ada kedai makan Pecel Lele dan Ayam Penyet yang sedap bangat kat sini dan lagipun dah lama aku merancang nak ajak rakan sepejabat cuba makan kat sini.

Aku dah pernah cuba sekali dan ketika pertama masuk ke kedai ni aku memang macam orang asing sebab bila bagi tahu nak bungkus Pecel Lele aku siap pesan supaya asingkan kuahnya....sebab masa tu dalam fikiran aku ingat Pecel Lele ini adalah pecal....atau orang Utara panggil `gado-gado'....sayur-sayuran macam kangkung, taugeh, tauhu dimakan dengan kauh kacang....

Aduh bila buka saja kat meja makan di rumah...terkejut aku rupa-rupanya terbentang ikan keli goreng...pada hal aku memang tak makan ikan keli...tapi terpaksa juga makan sebab dah beli...siapa yang nak makan tapi bila tak sangka pula bila dah makan mak ooiii...ranggupnya ikan keli ni sampai tak terasa bau lumut...(ini yang buat aku tak suka ikan darat)...Sambal cili padi dia memang sedap...tapi pedas teramat maklum la aku mana tahan pedas...(dasar orang Utara..makan kari..he..he..)

Esok kat pejabat maka sibuklah aku bertanya pada kawan-kawan....he..he...sebab kat sini ramai orang Jawa maka senanglah aku dapat maklumat...baharu ku tahu...rupanya Pecel Lele itu ialah ikan keli....bukannya pecal atau gado-gado tu....dan aku juga layari lagi Internet untuk lebih memahami makanan ini...Hish...ingat wartawan tu tahu semua.....tidak juga sebenarnya....

Kalau nak tahu kedai makan yang menghidangkan Pecel Lele, Ayam Penyet ini terletak di penghujung Jalan Datuk Abdul Malik yang bertemu dengan pertengahan Jalan Raja Uda di Kampung Baru....Kalau dari Jalan Raja Muda Abdul Aziz nampak saja showroom motosikal Aprillia Naza...belok ke Jalan Datuk Abdul Malik...tapi simpang masuk ke sini sikit tersoroklah..kena hati-hati...

Kunjungan kali ini aku memang nak rasa ayam penyet pula...Yati dan Nisa pilih Pecel Lele....Memang best ayam penyet yang aku makan (tak nampak pula kesan kena penyet).....rasanya memang segar dan garing....digaul pula dengan cili dan aku pula siap tambah tempe yang dicicah cili+kicap...memang terangkat.

Nak kata kami lapar sangat tak....tapi semua makan sampai licin...Kata Nisa dan Yati...nak datang makan lagi......Jadi semua dah naik syok makan kat sini....Sabar-sabar lah yer nanti kita datang lagi....

Tuesday, October 4, 2011

MUSIM HAJI TIBA LAGI....


Sayu hati setiap kali menjelangnya musim haji.

Pelik tetapi perasaan itu tidak dapat ditipu oleh sesiapa sahaja yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci....aku juga masih terasa-rasa angin dingin bumi Madinah dan bumi Makkah menyapu lembut ke kulit muka.

Gambar ini juga dirakam ketika aku dan emak (kiri) semasa berada di bumi Mina pada musim mengerjakan haji 2010.

Aduh bila kawan-kawan mendapat tawaran ke sana...memang aku rasa cemburu....kalau boleh nak pergi sama....Itulah doa yang terpacul apabila kali terakhir berdoa selepas selesai Tawaf Selamat Tinggal...Mudah-mudahan aku dijemput lagi ke sana.

Sekalipun sudah dua kali ke sana....tetapi rasanya tidak puas....nak lagi pergi mengerjakan haji...puas rasanya pergi haji ni kata mak. Kalau pergi umrah masanya begitu singkat tetapi pergi haji walaupun harus melakukan banyak `pekerjaan' tetapi yang pentingnya dapat berada lama di bumi Mekah sebab bukannya senang hendak mendapat gandaan pahala sembahyang di Masjidil Haram berbanding di tanahair sekalipun berjamaah.

Seronoknya berada di sana sebab kita hanya memperuntukkan masa untuk beribadat semata-mata...tidak lagi tertumpu pada urusan dunia....Di sini tidak payah fikir perkara lain....

Alhamdulillah dua kali pergi ke sana dua kali juga aku tidak menghadapi sebarang masalah semuanya berjalan dengan lancar.....Allah berikan kesihatan yang baik dan kekuatan semangat untuk beribadah tanpa rasa jemu.

Tapi yang aku heran ada rakan sepejabat yang dapat menunaikan ibadat haji tahun ini menganggap mudah sahaja mengerjakan ibadat ini kerana selamba saja menjawab ``Apa nak bimbang buku kan ada...baca saja,''. Yang penting aku dapat haji mabrur....Fuhhh..hebat tu...mudah-mudahan...

Aku jawap jugak....`nanti buku tu entah akan terbang ke mana'....(maklum la semakin hari jumlah jemaah haji semakin ramai dan pastinya akan sesak di mana-mana)

Seorang lagi pula tanya aku boleh tak akak belajar dengan tengok video sahaja sebab suami tidak ada masa nak bawak ikuti kelas di masjid sebab sibuk bisnes. Yang aku pelik kenapa nak tunggu pergi baru nak belajar....

Hai tak tahu lah....ikutlah...tapi pendapat aku orang ini sebenarnya menganggap pekerjaan haji itu begitu mudah....tak payah belajar bertahun-tahun dengan ikuti kelas sebab boleh baca saja dari buku atau video.

Ya memang boleh...tapi bagi aku kita perlu berguru...kerana di sini lah peluang kita untuk bertanya soalan jika ada perkara yang dimusykilkan dan juga menerima pelbagai petua termasuk kesihatan (misalnya jemaah bila sampai ke Mekah atau Madinah jangan terus mandi...sesuaikan suhu badan dahulu dalam tempoh dua atau tiga hari.....tips ini untuk elak demam dan begitu juga masa balik ke tanahair.....aku rasa petua ni tak ada pun di dalam buku....

Bila mengenang kembali ibadah haji pertama aku pada tahun 2000....aku dan mak memang mula mengikuti kelas setiap minggu selama tiga tahun malah semenjak itu juga kami berdua setiap pagi akan berjalan selama sejam sebagai persediaan untuk mengerjakan haji.

Malah buat kali kedua pergi pun aku dan mak sejak awal tahun lagi sengaja mendaftar untuk mengikuti lagi kursus haji untuk nak menajamkan lagi ilmu supaya dapat menjalankan ibadat ini dengan lancar dan yakin.

Bukan itu saya aku dan mak berulang-alik balik kampung ke Perlis hanya untuk mengikuti kursus intensif anjuran Tabung Haji dan juga kursus Perdana....

Sebenarnya mungkin ada sesetengah orang menganggap ibadah haji itu tetapi ada baiknya jika cuba memperuntukkan masa untuk menghadiri kelas haji terlebih dahulu supaya dapat membuat persediaan yang secukupnya dan hati juga akan lebih tenang setelah selesai melaksanakan ibadat itu. Tiada lagi perasaan was-was.

Bersukurlah jika dijemput menjadi tetamu Allah dan oleh itu gunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya....kerana mungkin ia datang sekali sahaja seumur hidup....

Wednesday, September 21, 2011

KELAM KABUT DEK DUA TUGASAN

Ingat tugasan 11 pagi di Seremban 2, Seremban...dapatlah menepati masa yang dirancang....aku sampai pejabat sebelum 10 pagi sebab nak pergi dengan kereta Utusan...tapi berlaku sebaliknya apabila jurugambar pulak berada di tempat tugasan lain....Hish...hampir 11 pagi baru bertolak dari pejabat di Chan Sow Lin....

Sampai kat sana...rupa-rupanya jurugambar di Seremban sudah ada.....alamak...kalau ku tahu begini..tak payah lah buang masa tunggu Iqbal....kesian dia terpaksa pecut segera dari majlis yang belum habis....yang aku tak puas hati...mahu apa-apa perkara buruk berlaku pada kat budak yang tak sampai setahun jagung kerja itu...sapa lah nak jawap....Yg bos jurugambar tu pulak kenapa pulak tak ada memberitahu anak buahnya mengenai perkara ini...sabar sahaja lah.

Tapi semua itu jadi rileks bila bertemu dengan Zalina....orang Perlis yang kini jd cikgu kelas membuat kek. Dulu dia kerja Utusan....peringkat editor la....tapi nampaknya minat dalam bidang bakery ini yang membuatkan dia beralih profesyen....


Sampai ka pejabat, hujan mencurah-curah dan terhegeh-hegeh juga aku mendaki anak tangga dengan membawa empat biji kek untuk bos dan rakan-rakan Zalina.....Aduh...sempat rasa sikit dah nak bekejar ke Sunway Giza di Damansara.


Semasa dalam kereta sempat sms CEO, 1901, Tengku Rozidar...saya lambat sikit....naik malu aku dari 2.30 petang minta tangguh ke pukul 3....dan tambah lagi setengah jam....cara dia tanya buat aku kecut....maklum la businesswoman masa itu emas....


Nak menuju ke tempat ini memang aku tak tahu langsung....apa lagi guna GPS dari telefon bimbit Nokia E5 aku la....tapi masalahnya aku ini degil sebab aku agak lembab dalam menerima arahan maka sebab tu la selalu sesat dan yang aku tahu...seperti biasa aku buat salah lagi...pastu...set balik ke tempat yang dituju....


Sambil memandu sambil tengok jam di kereta, aduh dah nampak Sunway Giza....tinggal 3 minit saja lagi dari masa yang dijanjikan....nak tunggu lampu hijau nak belok lagi...nak cari jalan masuk ke situ lagi....parking lagi...memang aku risau....malu kalau lambat sangat.


Fuh...puas aku minta maaf dengan Tengku Rozidar....ha..jurugambar..Naim lain macam pandang aku...dah tahu aku sesat....tapi alasan ke Seremban membuatkan aku dimaafkan dengan mudah tanpa rasa was-was....lega!!!


Selepas siap interbiu...termasuk kisah-kisah peribadinya yang sanggup dikongsi bersama aku....sesungguhnya aku amat berbangga dengan kesungguhannya melaksanakan satu-satunya sistem franchise makanan segera untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia khususnya orang Islam tanpa rasa was-was.


Cuma aku sempat meminta dia jangan sesekali melepaskan 1901 itu kepada orang lain kerana selama 14 tahun sistem franchise ini kekal bertapak di negara ini dengan megah...tanpa saingan....


Menariknya semasa nak balik aku dibekalkan dengan dua set hotdog 1901 yang sememangnya sedap.....bukan sebab percuma tau!!! K...Chao...cerita untuk hari ini...

Tuesday, September 20, 2011

TUGASAN DITUNDA

Sejak malam lagi aku dah merancang nak ke pasar Chow Kit...nak pergi beli daun palas....bahan yang amat penting untuk membuat ketupat palas...untuk sambutan Rumah Terbuka Aidil Fitri anjuran Mega, sisipan akhbar Utusan Malaysia pada 22 September ni.


Tup..tup...pukul 7.30 pagi ini....terdengar bunyi khidmat pesanan ringkas (SMS) dari Blackberry hitamku...rupa-rupanya dari bos nombor satu aku di Meja Keluarga...``Akak tugasan hari ini pukul 11 pagi di Seremban interbiu Zalina pereka kek ditunda esok. Tolong telefon pemandu untuk batalkan kereta yang diperlukan,''.


Begitulah kehidupan seorang wartawan....dah siap atur temu janji...yang tak seronoknya tiba-tiba orang yang kita hendak temui tu batalkannya di saat-saat akhir.... dengan pelbagai alasan. Nak tak nak terima sahajalah...


Akibat dari temu janji ini ditunda pada esok (21 September) maka aku pula terpaksa membatalkan cadangan untuk menemui seorang usahawan wanita yang menjual minyak kelapa dara untuk keperluan bayi.


Tapi aku bernasib baik juga kerana janji temu dengan usahawan yang juga seorang peguam itu pula tak tetapkan lagi secara rasminya...cuma dijangka esok... kalau tidak aku sukar nak buat pilihan....satu arahan bos dan satu lagi janji aku sendiri dengan orang.


Disebabkan esok nak ke Seremban maka janji temu aku dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1901, Tengku Rozidar juga terpaksa dilajakkan dari pukul 2.30 petang ke 3 petang. Nasib baik CEO ni bertimbang rasa...masa aku beritahu hal ni dia kata okay sahaja.


Pembatalan tugasan yang ditunda pada saat-saat akhir memang merungsingkan wartawan kerana bukan sahaja terpaksa pilih tarikh lain tetapi yang lebih pening bahan itu amat diperlukan kerana dah sampai `deadline'.


Tapi untuk kes ini sebab bos yang tentukan temu janji dan hanya untuk rencana biasa dan bukannya ruangan tetap yang diwajibkan terhadap aku maka aku tidaklah bimbang sangat.


Untuk mendapatkan bahan biasanya aku perlu mencari sendiri termasuk mengatur temu janji termasuk sehari sebelum itu (sebelum membuat tugasan untuk jurugambar) maka aku akan mengingatkan semula orang yang ingin ditemui itu dengan temu janji yang telah ditetapkan.


Semua ini sebab aku tidak mahu temu janji dibatalkan di saat-saat akhir dan akan menyusahkan diri aku malah juga jurugambar.


Bagaimanapun ada hikmahnya disebalik tugasan ini dibatalkan.


Aku gunakan peluang masa ke pasar pagi tadi (sebab esok sibuk kerana ada dua tugasan pada sebelah pagi dan petang) untuk membeli semua barang keperluan seperti daun palas (mula bimbang juga jika ia habis atau tidak dijual) juga beras pulut, daging tempatan dan santan supaya juadah yang dipertanggungjawabkan kepada aku iaitu ketupat palas dan kari daging akan menjadi kenyataan...Okay...Chao....he..he...

Sunday, September 18, 2011

PERTAMA KALI BUAT TERJEMAHAN RENCANA

Akak kerja hari Ahad kan? Tanya bos nombor satu di meja aku dan kerana itu dia mahu aku gunakan sepenuhnya hari tersebut menyiapkan terjemahan rencana untuk dijadikan sebagai fokus pada hari Rabu. Bos arahkan aku tengok tugasan itu yang telah diletakkan dalam sistem Shell.


Bila aku tengok sahaja..mak oii panjangnya, jadi sebab aku tak pernah buat terjemahan rencana maka aku `paste'kan rencana itu untuk diemelkan ada diri sendiri. Maklum la aku ada dua akaun emel dalam Yahoo dan satu lagi akaun Goggle.


Dua hari `off' pun aku masih malas nak membaca apa isi kandungan rencana itu. Tetapi ia berkaitan dengan hotel mayat yang diusahakan oleh orang Jepun.


Jadi setiap kematian di Jepun telah membuka peluang bisnes yang mengguntungkan.


Setiap mayat pula terpaksa menunggu giliran untuk dibakar sekurang-kurangnya selama empat hari di mana Hotel Lestel menyediakan tempat sementara.


Buat pertama kali juga sepanjang lebih 20 bertugas ini lah kali pertama aku melakukan kerja terjemahan.


Beberapa kali juga perlu melihat kamus online.


Bagaimanapun disebabkan langsung tidak mempunyai pengalaman bekerja di meja terjemahan atau lebih dikenali meja luar negara untuk menterjemahkan berita dari luar negara tetapi aku menganggap arahan ini sebagai cabaran dan berusaha untuk menyelesaikannya dengan sebaik mungkin.


Bos aku pula telah memberi arahan mesti siapkan hari ini juga iaitu pada 18 September.


Jadi kerja-kerja menterjemah dilakukan dari pukul 11 pagi sehinggalah hampir 7 malam.


Sekalipun aku tidak mempunyai pengalaman dalam menterjemah....walau agak lambat tetapi aku mengakui seronok pula melakukan tugas ini.


Tetapi letih juga sebab terperap sahaja di hadapan komputer dan naik pening juga sebab tak beergerak-gerak. Patut lah kawan-kawan aku kat meja luar negara sering melahirkan rasa bosan kerana asyik mengadap komputer.


Lebih menggelikan hati.....aku sampai tak sedar semua kawan-kawan sekerja telah pulang tetapi aku puas kerana akhirnya kerja aku untuk dua muka surat ini siap sepenuhnya.


Tetapi aku belum tahu lagi apa kata bos nanti maklum la dia mempunyai banyak pengalaman di meja luar negara sedangkan aku langsung tidak pernah. Dan selepas melakukan tugas ini ternyata kerja menterjemah ini memang membosankan kerana tidak dapat bergerak kemana-mana.


Baik jadi wartawan kerana bukan sahaja dapat keluar untuk mencari bahan tetapi dapat mengurangkan rasa sengal badan daripada duduk berterusan mengadap komputer. Ok la untuk kali ini..Chao!!! :))



Friday, September 16, 2011

AKU SOKONG KEMPEN TANPA PLASTIK

Pukul 9 pagi lagi aku mula nak bersiap-siap untuk ke Mydin di Chow Kit. Cadang tu nak beli penyembur Ridsect...dah kehabisan kat rumah....yang selebihnya saja nak `window shopping'. Tapi seperkara yang perlu aku beringat sebelum lupa....bawa beg recylcle...maklum la hari ni Sabtu - Kempen Tanpa Beg Plastik!!


Beg ni pun aku beli dr Mydin juga..murah....Dan kalau nak ke Mydin ni...kena pergi awal...satu untuk mudah parkir kat Jalan Dewan Datuk Sulaiman....jalan kaki sikit jer ke Mydin....Lagi satu aku suka pergi awal untuk mengelakkan dari bertembung dengan minah dan mamat Indon...sebab biasanya mereka akan mula memenuhi pusat membeli-belah sekitar ibu kota selepas 11 pagi....


Memang seperti yang dijangkakan....aku antara orang pertama menjejakkan kaki masuk ke Mydin...Penat juga kena naik tangga....biasanya aku naik lift jer....tapi malangnya telah siap ditampal `out of service'....he...he....sedikit pelik bunyinya sebab merujuk kepada lift....


Tak banyak pun beli....tetapi saja aku memberikan masa untuk diri sendiri berjalan-jalan sambil membelek barang.


Sampai ke kaunter untuk membayar....juruwang siap tanya...hari ni kalau nak beg plastik kena bayar 20 sen... aku dengan bangganya mengeluarkan beg recycle dari beg sandang aku.....tersenyum gadis tu...dan dia pun menyusun barang yang aku beli dengan penuh cermat....Aku pun senang galas saja beg itu sambil menyusuri laluan untuk ke tempat parkir.


Dalam pada itu aku berfikir....ok lah tu....seminggu sekali lupakan beg plastik....tapi susah juga kalau mahunya setiap hari tanpa plastik...maklum la biasanya aku selalu terlupa untuk membawa bersama beg recycle ini semasa membeli-belah.


Apa pun sepatutnya kita sama-sama menjaga bumi ini dari dicemari oleh perbuatan kita sendiri....


Walaupun beg plastik cuma harga 20 sen....tetapi moralnya....sesiapa sahaja boleh membelinya...tetapi yang pentingnya semangat untuk berkata `tidak' kepada beg plastik untuk sehari ini akan membantu kita tidak akan menambahkan beban pencemaran yang kini semakin nazak ditanggung oleh bumi.


Sebab itu kalau aku lupa membawa beg recycle...sanggup aku membawanya dengan tangan....bukan kedekut dengan 20 sen...tetapi aku lebih sayangkan bumi....... OK Chao!!!!



ARAHAN MENULIS SEMULA `DARI FAIL MAHKAMAH SYARIAH'

Kata bos kedua, meja Keluarga, Mega Utusan Malaysia bakal menambah satu lagi ruangan, `Dari Fail Mahkamah Syariah'....dan katanya antara yang paling layak mengendalikannya adalah aku...mungkin sebab aku senior yang paling `junior' kat meja itu selepas baru tiga bulan dipindahkan dari Meja Am... Sebabnya wartawan lain dah ditugaskan mengendalikan ruangan masing-masing...aku sahaja buat semuanya...`cacamarba'

Pening jugak aku memikirkan mana lah nak cari Hakim Mahkamah Syariah ni...tetapi dalam masa yang sama aku suka sangat...maklum la masa berkhidmat di Alor Setar selama lima tahun...aku memang pegang `court'...banyak kali lah juga muka depan..he..he...

Fikir punya fikir hanya Mahkamah Syariah yang paling hampir dengan opis dan rumah aku adalah Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

He..he..mula-mula terhegeh-hegeh aku bertukar senyum dan kemudiannya mula masuk jarum dengan berborak-borak ringan supaya kerani di situ tak terkejut sangat dengan kehadiran aku. Alhamdulillah semua itu pertolongan Allah (ini yang aku doakan setiap kali berhadapan dengan cabaran kerja).

Rupa-rupanya dia orang ni ramah dan sangat-sangat sudi menolong dan akhirnya terus bertemu dengan Hakimnya, Tuan Mahyuddin untuk berbincang dan mendapatkan kerjasama bagi mendapatkan bahan-bahan dari dia.

Aku terharu juga....kerana dia sangat mudah membantu....kalau tidak habis lah aku....Tapi disebabkan dalam beberapa minggu tu asyik keluar masuk Mahkamah Syariah....he..he..bimbang juga kalau-kalau ada orang yang kenal nampak aku....nak bercerai-berai ke apa??

Terkejut juga aku....ruangan ini mula dapat perhatian....ada kawan dari negeri di selatan telefon...ha..ha..dia kata aku nak ganti Wahid Kasran ker....bukan nak buat cerita berbau ehem..ehem.....ala sikit saja sekadar untuk menyedapkan cerita dan menarik perhatian pembaca...yang penting kata Tuan Hakim di dalamnya diselitkan dengan fakta undang-undang dan nasihat yang baik untuk masyarakat...itu niat kami.


Tiba-tiba selepas tiga bulan masa bermesyuarat bos pertama mengarahkan orang lain pula menulis untuk ruangan ini dan memang masa tu aku terasa kecewa...maklumlah menulis cerita mahkamah ni memang aku minat. Aku pun sepatah haram tak bersuara dalam mesyuarat tu....malas nak tanya apa sebabnya...


Kata bos kedua, bos pertama memang buat macam itu untuk memberikan peluang kepada semua staff untuk menulis di semua ruangan supaya dapat pengalaman. Okay....aku terima sahaja...walaupun jauh di sudut hati....sedihlah....kenapa lah sekejap sangat aku pegang ruangan itu.....sedangkan orang lain lebih setengah tahun pegang satu-satu ruangan...Pujuk hati...awak tu mentimun...ikut jer..Orait!!! Kembali ceria.. :)))


Tapi semua itu kuasa Allah....semalam aku bersyukur kerana akhirnya bos pertama mahukan aku meneruskan semula ruangan ini, sesuatu yang tidak disangka....dan alhamdulillah Tuan Hakim yang bijaksana lagi baik hati juga sudi menjalinkan lagi kerjasama ini....


Semasa ruangan ini diberikan kepada orang lain, aku tidak salahkan wartawan itu jika dia tidak dapat menulis seperti mana aku untuk ruangan Dari Fail Mahkamah Syariah ini (bukan nak menunjukkan aku pandai) kerana sebenarnya untuk menulis cerita ini memerlukan seseorang yang berpengalaman dalam membuat liputan di mahkamah.

Aku sendiri pun melalui detik-detik yang sukar untuk melalui pengalaman menjadi waratawan Mahkamah kerana bukan sahaja perlu ada minat tetapi perlu tahu berkomunikasi dengan staf mahkamah....sehinggalah ke Hakim. Malah setiap kes itu ada akta dan hukuman dan setiap apa yang dibicarakan di mahkamah bukan boleh ditulis sesuka hati kerana semuanya harus tepat. Biasanya wartawan yang membuat liputan di mahkamah juga banyak bersabar kerana perjalanan sesuatu kes itu memakan masa dan ada kala ditunda dan sebagainya.


Atas sebab itu juga seorang wartawan yang diletakkan di Meja Mahkamah jarang sekali terlibat dalam pertukaran meja berbanding wartawan di meja-meja lain....ini menunjukkan pengalaman mereka ini sukar untuk digantikan dengan wartawan baru.


Peristiwa ini juga membuatkan aku tersenyum sendirian....dan yang pastinya aku akan terus melaksanakan tugas sebagai seorang wartawan dengan sebaik mungkin.....bak kata bekas Ketua Pengarang Utusan, Datuk Johan Jaafar `ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya' yang aku pegang sehingga kini....Chao....Selamat Menyambut Hari Malaysia dan Merdeka ke-54....


Tuesday, January 4, 2011

Nasib orang miskin di Malaysia terus terbela

Sejak malam dah merancang esok pukul lapan pagi nak ke Pasar Chow Kit, bukan apa sebab dok ingat tak ada asignmen hari ni, boleh rileks dan tak perlu bekejar2 sangat nak ke opis...Tengah leka memandu terdengar bunyi sms. OC pagi, Santhy rakan sebelah aku di opis (gadis India yg ku anggap rakan baik) `akak ada asgigmen hari ni kena buat liputan sidang akhbar oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pejabatnya di Jalan Datuk Onn - nasib dekat umah aku.

Ha...gitu lah kehidupan journalis ni...tengah berangan nak shopping kat pasar...sudah terencat...kalut punya hal...masuk parking je...dah terlanggar penghadang besi...kemek lah besi di bahagian bawah kereta tu...hah pedulikan!!!

Sambil sarapan - aku beli dua makanan - kuetiau goreng dan nasi lemak...licin!! sempat aku goreng tauhu. Kehidupan yang sibuk membuatkan ada kala kena buat dua kerja dalam satu masa... Sepanjang perjalanan aku bernasib baik...semua trafik light yg aku tempuh..hijau memanjang...nasib mudah dpt parking.

Sampai saja..semua wartawan dah ada...lega sidang akhbar belum mula...tp nampaknya aku orang terakhir sampai... huh penat aku mendaki tangga pun tak abis lagi....

Wah lawa Shahrizat baju kurung tanah putih..dgn labuci...yg kata wanita tu...sanggup suruh jurukamera tunggu sekejap untuk beliau `mentouch-up' muka. Beliau cuma nak umumkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) beri bantuan lebih RM1 billion untuk lebih 400,000 orang miskin sepanjang tahun lalu. Banyak tuu...baiknya kerajaan Malaysia. Itu pun rakyat masih nak marah-marah dan tidak puas hati dengan pemerintah.

Aku pun tak faham...untungnya jadi rakyat Malaysia....sentiasa diberikan bantuan...hingga kadangkala membuatkan orang yang malas ambil kesempatan. Sanggup menipu untuk menerima bantuan ini.

JKM pada tahun ini juga nak serius dalam pogram `Productive Welfare' supaya penerima bantuan tak lagi miskin sepanjang hayat sebaliknya diberikan latihan keusahawan dan juga modal untuk bebaskan diri dari belenggu kemiskinan.

Ini sepatutnya dilakukan dari awal lagi...kerana sampai bila mereka harus menerima bantuan...sedangkan pendatang sanggup mati hanya nak datang ke negara ini yang dikata `lubuk emas'... Orang kita terus miskin sebab malas!!!! Fikir-fikirkan bersama...Chao!!!