Setiap kunjungan pelawat dihargai

Monday, September 17, 2012

GCB...APA YANG SYOK SANGAT???


Grill Chicken Burger (GCB) yang tengah hot sekarang...




 
Apa yang hebat sangat GCB...semua penggemar burger memang menunggu-nunggu untuk nak menikmatinya...ia keluar setahun sekali sahaja... Ini menyebabkan para penggemarnya..termasuk termasuk aku dalam kelompok yang ketagih nak makan GCB.

Sudah jadi acara tahun...macamana pun nak juga makan...walau sekali. Agak menyedihkan di Perlis...mana ada McDonalds...

Masa tinggal di Kuala Lumpur tahun lalu... dapatlah beberapa kali aku membelinya..dapat makan sampai puas.

Memang GCB mempunyai rasa yang luar biasa...ayam panggangnya enak dicampur dengan mayonis...dan resipi rahsia McD..memang lazat!!! Pada hal aku bukan penggemar burger McD... Selain GCB..aku hanya akan beli `fillet of fish' atau bubur ayam sahaja.

Jadi tak hairanlah..aku sanggup memandu sejauh hampir 50 kilometer dari Kangar ke pusat membeli-belah di Star Parade Alor Setar untuk membeli GCB...

Cukuplah..janji dah lepas ketagih...he..he... Iklan McD pula...patut dapat makan free ni...

Saturday, August 4, 2012

SERONOK MENGAKU JADI `ORANG MEDIA' ATAU WARTAWAN CELUP...

Sejak balik bertugas di kampung halamanku Perlis.....satu perkara yang aku nampak ketara apabila dunia kewartawanan di sini  telah dicemari oleh segelintir pihak yang sanggup mengaku diri sebagai `orang media atau wartawan'.

Jauh dari sudut hati bukan aku nak mengecam orang-orang ini tetapi kenyataannya `layakkah mereka ini digelar sebagai `orang media atau wartawan'....janganlah mempergunakan jawatan ini untuk glamor atau sebagai `batu loncatan' bagi cita-cita yang lebih besar kerana perbuatan mereka ini telah menghina kredibiliti seorang wartawan yang berpegang teguh kepada etika.  

Ya...dalam dunia yang dipenuhi dengan putar belit ini....perkara menyamar sebagai wartawan atau apa juga kerjaya sudah tidak menjadi asing lagi.....tetapi jika saban masa terpaksa bertembung dengan `orang media  atau wartawan celup' ini naik berbulu juga kerana melihatkan gelagat mereka yang `lebih kuah dari sudu'....

Sedangkan wartawan sebenar....`tenang, pendiam, tidak menonjol diri, berpendirian tetap tanpa memihak kepada mana-mana puak, tak sibuk nak makan apa lagi meminta-minta barang cederamata kerana matlamat penting adalah untuk mendapatkan bahan berita'.  

Fenomena `orang media atau wartawan celup' ini rupa-rupanya sudah lama berleluasa di negeri-negeri luar Kuala Lumpur termasuklah Perlis .

Kalau dihitung dari kelayakan dan pengalaman....boleh dikatakan kalangan yang mengaku `orang media dan wartawan' ini tidak memiliki semua ini kerana hanya menulis berita atau mengambil gambar pun ada tujuan tertentu termasuk membodek pihak-pihak tertentu atau untuk mendapat wang saku tambahan.  Tapi mendakwa sebagai wakil agensi berita besar....kelebihan mereka cuma `bertugas' di kampung halaman...jadi muka sudah cukup dikenali  bukan sahaja di kalangan orang ramai dan malah kenamaan.

Kenyataannya `orang media dan wartawan' ini memang menang dari segi populariti dan hubungan baik dengan pihak tertentu kerana sudah berakar umbi di kampung halaman sedangkan wartawan sebenar asyik bertukar lokasi kerja kerana terlibat dalam pertukaran setiap beberapa tahun sekali.

Jadi dunia sudah terbalik....wartawan sebenar dipinggirkan....`orang media dan wartawan celup' ini dipandang lebih hebat dan dirai...hingga membuatkan mereka ini rasa diri hebat...sampai Menteri Besar pun boleh diarah-arah bagai kawan-kawan...Ini yang buat aku tidak berkenan...sebab sikap orang-orang ini yang akan membuatkan orang luar akan kata `wartawan berlagak dan kurang ajar'...       

Dari pemerhatian aku ke atas gelagat `orang-orang ini ' pada satu majlis petang tadi membuatkan aku terpaksa juga meluahkan isi hati yang berbuku ini ke dalam blog....

Aku yakin....jika `orang-orang ini' membuat permohonan untuk menjadi wartawan pun belum tentu akan dipilih walaupun sudah bertahun-tahun menjadi `orang media atau wartawan celup' kerana kelayakan sebagai  wartawan... bukan sahaja perlu latar belakang akademik yang baik (sekarang ini boleh dikatakan 90 peratus wartawan berijazah) malah perlu berfikiran kritis, berani, peka dengan perkembangan semasa dan boleh menguasai bahasa Malaysia dan Inggeris.

Golongan yang mengaku `orang media dan wartawan' ini sebenarnya hanyalah pemberita sambilan atau dinamakan `stringer' sahaja. Jadi gunakan saja nama ini kerana itu yang selayaknya. Aku dulu pernah menjadi pemberita sambilan selepas tamat belajar dan aku tidak malu pun memperkenalkan diri sebagai `stringer' kepada sesiapa sahaja termasuk sumber.

Terasa malu hendak mengaku wartawan kerana rasa diri belum layak ke taraf itu.

Sebut pasal penggunaan nama wartawan secara berleluasa ini membuatkan aku teringat kembali ketika berbual dengan rakan sebelah semasa menghadiri kursus haji di Kangar dua tahun lalu. Disebabkan dia tanya kerja di mana maka aku seperti biasa menjawab `suratkhabar'. Dia pula terus mengandaikan aku seorang  wartawan. Aku pula sekadar menjawabnya dengan anggukan dan senyum. Tiba-tiba aku diajukan soalan sama ada mengenali tak pasangan suami-isteri yang bertugas sebagai wartawan di Perlis (siap dengan nama lagi). Alamak....layak ke dia bergelar wartawan. Sebab orang ini sangat aku kenali maka saranan aku ada baiknya dia betulkan dahulu ejaan bahasa Malaysia sebelum isytihar sebagai wartawan.

Itu belum lagi seorang tukang rumah yang datang memperbaiki rumah aku telah memberitahu bahawa sebelum ni dia pernah menyiapkan rumah seorang wartawan...ini pun hal yang lebih kurang sama juga macam di atas.

Masing-masing rasa bangga dan megah untuk mengaku sebagai wartawan yang dianggap kerjaya  glamor....akibatnya orang sekeliling juga dipermainkan dengan lakonan mereka.

Lebih mengejutkan lagi....sebuah persatuan yang mewakili wartawan di sini juga diterajui oleh orang-orang seperti ini...yang menumpang nama `media' sedangkan kerjaya ini hanya dilakukan secara sambilan atau `stringer'. Jadi wartawan sebenar termasuk aku hanya layak jadi `pak turut' sahaja di dalam persatuan tanpa sebarang kuasa dan kalau ada kuasa pun sudah dicucuk hidung oleh kelompok ini.

Itu belum kira lagi dengan kehadiran wajah-wajah baru yang cuba berjinak-jinak di bidang ini yang meletakkan nama jawatan sebagai journalist (wartawan) di dalam info Facebook (FB) sedangkan nama sebenar jawatan yang disandang mereka adalah pemberita sambilan (stringer).

Stringer adalah jawatan untuk mereka yang menulis berita secara sepenuh masa atau separuh masa dan bukannya kakitangan tetap di sesebuah agensi akhbar itu di mana gaji dibayar berdasarkan jumlah berita yang ditulis.    

Jika ditawarkan dengan jawatan tetap pun,  terlebih dahulu akan bergelar wartawan kadet (bermaksud dalam tempoh percubaan) yang biasanya memakan masa selama setahun.

Selepas itu baharulah layak digelar wartawan (journalist) dan boleh menjadi ahli Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) untuk melindungi hak-hak sebagai wartawan.

Aku pula kalau ditanya kerja apa...lebih senang memberitahu `suratkhabar' sahaja...malas nak beritahu aku seorang wartawan...

Bukannya apa sebab aku tak pernah rasa kerjaya ini sebagai glamor walaupun telah lebih 20 tahun dalam bidang ini tiada siapapun yang mengenali aku bagai selebriti popular.

Sebab itulah aku jadi `berat mulut' kalau nak mengaku kerja sebagai wartawan...lagipun sakit telinga jika orang labelkan kerjaya ini sebagai penyibuk dan suka menganggu hidup orang. Jadi tidak ada apa yang nak dimegahkan pun.

Bagi kelompok yang suka mengaku `orang media dana wartawan celup' ini sebenarnya suka menggunakan jawatan ini untuk mencapai apa yang dicita-citakan selain kononnya glamor, dapat jumpa orang kenamaan untuk meminta sesuatu, jemputan ke majlis hebat yang orang biasa tak dapat hadir, dapat hadiah seperti  `goodies bag', tempat makan VIP, dapat kemudahan seperti stiker parkir kereta dan sebagainya lagi.

Sekadar mengaku `orang media atau wartawan celup' ini memang mudah....tetapi bagi mereka yang sekian lama mengabadikan hidup dalam dunia kewartawanan seperti aku ini....akan terus mengharungi pahit-maungnya selagi tidak diberhentikan, memilih untuk berhenti awal atau tunggu sehingga pencen. Apa pun ikut daya tahan masing-masing.



Saturday, July 7, 2012

BERITA `PERBICARAAN PANTAS' TAJUK MUKA DEPAN UTUSAN 28 JUN 2012


Selepas enam bulan di Kangar - 28 Jun 2012 buat pertama kali berita ditulis disiar muka depan.
   








Kalau tanya mana-mana wartawan pun, satu kepuasan setelah `berhempas-pulas' menghasilkan berita apabila keesokannya disiarkan sebagai tajuk utama pada muka depan akhbar.

Tetapi bagi aku yang dah lebih 20 tahun dalam bidang ini...sudah semakin hilang `keseronokan' itu...cuma rasa berbaloi sebab sudah agak lama tulisan aku tidak mendapat tempat di muka depan.

Biasanya berita muka depan hanya dimiliki oleh wartawan yang membuat liputan di meja am sahaja.

Aku pun tak menjangka berita ini boleh mendapat tempat di muka depan kerana kebanyakan rakan-rakan dari akhbar lain juga menyifatkan berita `perbicaraan pantas' cukup mencabar sehingga masing-masing sudah  `berasap' kepala memikirkan apa yang perlu dijadikan sebagai intro dan para seterusnya untuk membuatkan ia menjadi sebuah berita yang menarik.

Sebenarnya memang agak sukar untuk mengendalikan `stress' jika kena buat liputan berita terutamanya berkaitan perundangan.

Pengalaman setahun di meja am pada 2009 (setelah tujuh tahun di meja lain kerana hanya menulis rencana) memang satu cabaran yang menarik malah membuatkan aku belajar tidak panik dengan sebarang kenyataan baru yang dikeluarkan.

Paling mudah tahu apa tujuan diadakan sidang akhbar atau majlis itu. Pedulikan perkara lain yang melalut. Fokus kepada fakta itu dan tulis dengan seberapa ringkas dan jelas. Tetapi jangan sesekali memandai menambah yang tidak disebut - dari pengalaman ini juga membuatkan aku dah biasa di mana melakukan tugas untuk berita muka depan ini dengan tenang sekalipun rakan media lain meluahkan tersangat `pening' .

Aku pula biasanya setiap pagi aku akan pastikan membaca Utusan Online. Tapi pagi 28 Jun aku jadi malas. Bukannya apa sebab tak rasa berita yang ditulis akan disiarkan. Malah ketika membaca akhbar Utusan di pejabatpun aku membelek muka Wilayah Utara dulu.

Pun tak nampak berita aku. Akhir sekali baru tengok muka depan. Alamak...bagai tak percaya...menjadi tajuk utama muka depan. Syukur alhamdulillah.....Ingatkan dah tak ada peluang untuk mendapat muka depan. :))

Wednesday, July 4, 2012

KLINIK 1MALAYSIA - UNTUNGNYA RAKYAT MALAYSIA

Klinik 1Malaysia di Taman Pertiwi, Seriab, Kangar , Perlis dirasmikan pada 15 Januari 2010
 
Bila emak tak sihat. Hati ku lebih susah. Susah lagi bila aku juga tak sihat sejak semalam tetapi sebelah petang aku kembali pulih. Cuma mak makin kuat batuk dan demam.


Dah nak Maghrib baharu mak nak dihantar ke klinik (macam tu lah dia...kalau teruk baru mahu ke klinik).

Mak kata dia tak nak ke klinik swasta apa lagi Klinik Dr. Menon yang terkenal di Perlis. Katanya semua doktor tidak sebagus Dr. Ahmad Nizam di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Aku akui Dr. Ahmad Nizam.memang terbaik untuk mak jika demam atau alahan - ini yang buat aku terkilan.

Sebab tak tahu mana yang terbaik maka aku cadangkan mak `jom kita ke Klinik 1Malaysia'. Mak tak kisah. Aku lega....sebab pesakit tak ramai. Suasana dalam klinik nampak tenang dan hanya letak saja kad pengenalan di dalam sebuah bakul kecil atas kaunter.  Tunggu sahaja pembantu jururawat panggil nama untuk dapatkan nombor.


Masa ni aku mula berfkir....untungnya menjadi rakyat Malaysia. Klinik 1Malaysia, idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak...itupun masih ada yang mengecam kerajaan sekarang....bolehkah dapat keistimewaan ini jika berada di negara lain.


Lebih kurang lima minit, nama mak dipanggil dan dapat nombor gilirannya. Lepas itu aku bawa mak ke keruis menunggu di hadapan bilik Pembantu Pegawai Perubatan (di pintu tertulis Klinik 1Malaysia tidak beri Medical Centificate (Sijil Sakit)...Untuk dapat ubat sajalah.


Nama mak sekali lagi dipanggil oleh jururawat untuk diperiksa suhu demam dan tekanan darah.


Dalam sepuluh minit, nama mak dipanggil untuk diperiksa lagi oleh pegawai bertugas. Baik tutur katanya dalam melayan mak yang suka bercakap. Dia juga memberikan ubat. Aku pula tanya berapa nak bayar (biasanya RM1)..Jawapnya percuma kerana mak warga emas.


Kalau rawatan di klinik sah dah kena bayar RM50. Mak kata bukan berkira duit tapi kalau sakit tak berkurangan nak buat apa.  

Alhamdulillah demam mak dah mulai kebah (pulih) sementara aku menulis blog yang lama tak dikemaskini. Klinik 1Malaysia juga mampu memberikan rawatan terbaik. Aku ingat masa berbual dengan seorang ibu muda yang memberitahu klinik ini menjadi pilihannya setiap kali anak-anak demam. 


Sekurang-kurangnya sebagai wartawan aku juga melalui pengalaman sebagai pelanggan Klinik 1Malaysia (bagi pihak mak)  - memang terbaik untuk rakyat Malaysia.







Sunday, June 10, 2012

HARI CUTI CARI PULUT SAMBAL

Sedapnya....pulut sambal Makcik Chah Kuala Perlis
Semua ni gara-gara ke sebuah majlis untuk bertemu bual dengan Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Radzi Sheik Ahmad di sebuah dewan di taman perumahan di Kuala Perlis.

Pada majlis itu aku dah nampak pulut sambal ni (maklum la makanan kegemaran)...tapi batalkan hasrat itu apabila Datuk Seri sendiri yang nak layan...siap letak isi dan kuah laksa sekali dalam mangkuk aku.

Dah habis laksa...baru pergi ambil pulut sambal...dah sikit tinggal..ramai yang minat rupanya...patutlah mak oii sedapnya sehingga sempatlah tanya di mana ia dijual.

Masa pertama kali pergi cari...si penjualnya Makcik Chah tak berniaga. Dia berniaga dekat jambatan untuk menyeberang ke Seberang Ramai, Kuala Perlis.....jalannya sempit....tak boleh dimasuki kereta.

Petang ni aku nekad pergi naik motor lah jawapnya.

Tak kira panas...ku redah..alhamdulillah...akhirnya dapat beli pulut sambal Makcik Chah.

Memang sedap sangat dan puas makan...satu dijual RM1...pulutnya kenyal dengan sambal ikan yang banyak....Sempat ambil nombor telefon lagi...

Tuesday, June 5, 2012

SEMPENA KEPUTERAAN RAJA PERLIS - PUSAT KOREKSIONAL DIRASMI

Pusat Koreksional Perlis bernilai RM135 juta ini siap dibina pada April 2011 di kawasan seluas 40.5 hektar di mana mampu menempatkan 800 penghuni.

Pintu masuk Pusat Koreksional Perlis di Jalan Kok Klang, Mata Ayer, Perlis 



Sempena Sambutan Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail Ke-69, Pusat Koreksional yang akhirnya dirasmikan pada 29 Mei baru-baru ini.

Pertama kali melalui pusat ini memang pelik dengan nama `Koreksional'..tempat apa tu...rupa-rupanya Penjara.

Koreksional lebih kepada nama yang diterjemah dari perkataan Inggeris...iaitu `correctional' tetapi kepelikan nama ini sebenarnya mengundang kepada perkataan yang buatkan sesiapa sahaja cuba untuk `mengubahsuaikannya' dengan sesuka hati....  

Tetapi seperti titah Raja Perlis, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Penjara Malaysia telah melakukan transformasi dengan mengubah institusi berbentuk penahanan dan penghukuman kepada sebuah institusi berbentuk pemulihan seperti Pusat Koreksional.

Baginda percaya pusat ini mampu mengintegrasikan semula penghuni ke dalam masyarakat.

``Beta difahamkan ini kerana terdapatnya pelbagai program pemulihan di luar tembok mengintegrasikan semula penghuni ke dalam masyarakat penjara bersama komuniti yang diperkembangkan seperti Sistem Parol, Perintah Kehadiran Wajib dan Pusat Pemulihan Masyarakat,'' titah baginda.

Aku juga ambil masa untuk tahu...apa itu Pusat Koreksional....ia sebenarnya adalah sebuah penjara tapi namanya ditukar dengan sebutan lebih lembut bagi menunjukkan tempat untuk menghukum pesalah jenayah kini tidak seganas pada zaman sebelum ini....pusat ini juga lebih moden dan cantik....

Malah aku juga tidak lagi merasa gerun seperti yang dirasai ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Penjara Kajang atau Penjara Alor Setar (yang lama).

Bila dah nama Pusat Koreksional, susah pula apabila perlu tukarkan nama `banduan' kepada `penghuni'....nanti pembaca tidak tahu pula penghuni apa....maka kenalah juga sebut `penghuni penjara'...

Jadi kalau masih tak insaf lagi selepas dihantar ke Pusat Koreksional...tak tahu nak cakap apa lah...Dan satu lagi masyarakat juga tidak boleh memandang hina kepada bekas penghuni ini. Berikan mereka peluang...untuk terus hidup di bumi Allah dengan tenang.


Sunday, May 20, 2012

MEMPELAM HARUM MANIS.....KEBANGGAAN RAKYAT PERLIS

Harumanis digelar buah elit dari Perlis....
Masa upacara tanam 1,000 pokok mempelam sempena sambutan ulang tahun keputeraan Raja Perlis ke-69 di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beseri pagi tadi, ada seorang penanam pokok ini beritahu pemilik pokok mempelam di sini memang tak tidur lelap jika tiba musim berbuah.

Mana tidaknya nilai mempelam harumanis memang dah dikategori sebagai buah elit...perlu dijaga bagai emas.

Tak jaga dengan baik semasa berbuah..alamatlah kena curi.

Dulu harumanis hanya berharga RM10 sekilogram...sekarang mencecah RM18. Itu harga di dalam Perlis saja.

Aku orang Perlis pun susah nak merasa harumanis. Yang pelik orang luar dah kenyang makan..sampai terbelahak.

Akhirnya dah nak hujung musim....dapat juga lah dua biji (seperti dalam gambar ini) buah elit ini untuk aku merasanya.

Terima kasihlah kerana cuma bagi buah ini kepada  wartawan sahaja. Kalau tetamu lain hanya setakat dijamu mempelam bersama pulut sahaja. (Patutlah bagi hadiah buah ini masa semua orang dah balik....memang kerja wartawan ni murah rezeki...alhamdulillah)... :))



Thursday, May 17, 2012

NAIK KERETA KUDA WAKTU MALAM DI KUALA PERLIS









Rosli seronok dapat membantu  bapa mertuanya sebagai  penunggang kereta kuda pada waktu malam.   

Milo, kuda padi yang dedikasi melaksanakan tugasnya.  

Kanak-kanak paling gemar menaiki kereta kuda.

Aku dan ibu ambil kesempatan merasai pengalaman pertama menaiki kereta kuda di waktu malam.


Fikir punya fikir....bahan untuk Detik 12 Malam bagi ruang S2 untuk sisipan Utusan Malaysia keluaran Sabtu..akhirnya tercetus pada fikiran jurugambar, Faizal Hassan....``Kak macam mana kalau malam ini kita ke Kuala Perlis untuk buat cerita naik kereta kuda waktu malam''' katanya.

Aduh...idea spontan Faizal ini menarik tetapi aku tanya semula kepada Faizal ``Ada ke orang untuk kita suruh `posing' sebab malam ni bukan malam minggu''.

Tapi hendak tidak hendak kena pergi juga untuk dapatkan bahan ini kerana arahan ibu pejabat hendakkan segera.

Rupa-rupanya tanggapan aku salah. Ingatkan tak ada orang...ramai tapi kebanyakannya kanak-kanak. Lega inilah yang dicari-cari.

Lokasi tempat menaiki kereka kuda ini di tepi jalan di mana bersebelahan dengan restoran makanan di tepi laut berhampiran jeti Kuala Perlis.

Kata Rosli yang membantu bapa mertuanya, Pak Ndak malam biasa tetap ada pelanggan tetapi tidak sebanyak pada malam minggu.

Beliau memberitahu, tambang untuk kanak-kanak hanya RM3 dan dewasa pula RM5 dan mereka akan dibawa menaiki kereta kuda kira-kira sejauh 1000 meter sahaja.

Perkhidmatan ini cuma disediakan mulai pukul 6 petang hingga 12 malam sahaja.

Sementara itu, salah seorang pelanggan memberitahu anaknya entah berapa kali sudah menaiki kereta kuda itu jika mereka sekeluarga datang makan di restoran berdekatan.

Aku, ibu dan Faizal juga mencuba. Menang menarik kerana bukan sahaja ini pengalaman pertama aku menaiki kereta kuda tetapi merasa seronok dengan dihembus angin malam Selat Melaka walau jauh di sudut hati amat kasihan kepada Milo, kuda padi yang dedikasi itu kerana membawa tiga orang dewasa yang pastinya berat daripada biasa.....berbanding dengan kanak-kanak.


Monday, May 14, 2012

JALAN-JALAN MAKAN SERABAI

Serabai  Mak Ndak yang sedap

Untuk membuat serabai ada acuan pembakar khas
Minggu lepas rasanya dah kerja kuat...mana letih sampai 2 pagi menunggu emel dari Mufti Perlis, Dr.Juanda (apa pun dia banyak membantu -alhamdulillah)..Tapi berbaloi kerana rencana ini keluar besar hampir satu muka...jadi tajuk utama pada muka depan Mingguan Malaysia 13 Mei 2012 lagi.

Sabtu pula sibuk hendak siapkan rencana untuk fokus Dewan Undangan Negeri (ini semua menjelang pilihan raya) yang mana sampai aku terpaksa telefon bos - untuk tukar hari off (pada hal masa itu bos dah separuh jalan nak sampai pejabat)...lega bos setuju..

Jadi dapat lah aku off kembar...Ahad dan Isnin. Seronoknya...Ahad digunakan sepenuhnya untuk mengemas dua bilik dan dua ruang tamu (bilik seterusnya nanti dulu)...buang sawang, sapu sampah dan mengelap habuk....tapi buat kerja sekejap dan berhenti sekejap...penat memanjang. Masa tu aku terfikir...ingat senang ke jadi  `cleaner'..Rasakan..baru tahu peritnya...lebih baik jadi wartawan....

Sejak malam lagi aku sudah janji dengan emak hendak membawa dia melawat adik iparnya (bapa saudara aku) yang kemalangan jalan raya hingga koma beberapa hari.

Mak saudara aku yang dipanggil Mak Ndak (bekas jururawat hospital) memang rajin orangnya. Beria-ia sebelum Pak Ndak kemalangan lagi, kalau ke rumah dia di Taman Kempas, Sungai Petani, Kedah nanti dah janji nak sediakan kuih serabai - orang Melayu pun ada serabai tetapi bahan-bahannya tidak sama dengan serabai orang Inggeris.  

Sejak bersara dia memenuhi masa lapangnya menerima tempahan membuat serabai... Katanya, ``mudah dibuat, modal kecil tetapi untung berganda'... Ini cakap orang rajin sebenarnya..itulah Mak Ndak aku...adik mak ketiga tetapi berlainan bapa.

Seronok pula tengok Mak Ndak buat kuih serabai ini dan biasanya ia dimakan dengan kuah durian atau kuah apa-apapun yang dirasakan sesuai.

Memang sedap...siap dibekalkan lagi sebagai tanda mata kerana sudi berkunjung ke rumahnya.


Friday, May 11, 2012

KALAU BUKAN WARTAWAN TAK MAHU GANGGU ORANG

Sudah ditakdirkan aku dilahirkan untuk bergelar wartawan. Kerjaya yang sering dilabel suka menganggu hidup orang lain.

Kalau bukan kerana kerja...sumpah ...aku sendiri pun memang tak akan kacau kehidupan sesiapa pun. Tapi kerana tugas sebagai wartawan juga maka malam ini aku terpaksa juga menganggu `masa rehat dan tidur' Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya hanya untuk siaran artikel dalam Mingguan Malaysia pada 13 Mei ini.

Petang semalam dalam pukul lima petang, aku dapat arahan editor supaya interbiu Dr. Juanda berkaitan dengan beberapa isu. Jawapan itu mesti dapat hari ini juga dan aku bersyukur kerana Dr. Juanda bersetuju sediakan jawapan secara emel dan tidak perlu jumpa dia di pejabat. Jurugambar pula dah siap merakam wajah terbaru Dr. Juanda di pejabat beliau pagi ini.

Disebabkan Dr. Juanda diam sahaja sampai ke petang ini maka aku menjadi semakin risau...sebab pukul 10.44 tadi, editor dah hantar khidmat pesanan ringkas (SMS)...`Apa cerita' ...maksudnya mana janji aku nak hantar emel Dr. Juanda pada dia.

Aku dah agak akan terima sms itu....sebab itu sejak petang tadi sehingga lah masa aku menaip blog ini, aku masih menunggu jawapan emel Dr. Juanda. Malah aku dah sms editor mungkin aku gagal dalam misi ini (melahirkan penuh kekecewaan kerana gagal untuk menolong dia).

Tiba-tiba Dr. Juanda sms bahawa masa untuk hari ini sebelum 12 tengah malam masih ada setengah jam lagi...dan dia mahu aku beritahu editor...mufti berpegang kepada janji...

Naik malu aku bila dia memberikan alasan punca kelewatan itu dan meminta aku supaya bertenang.

Aku terpaksa menjelaskan....`gitulah Dr. kerja dengan press'....bila bos asak kita...kita pulak kena asak sumber...macam Dr. Juanda ni...apa nak buat...dah terpaksa...Memang keadaan seperti ini membuatkan aku rasa bersalah sangat kerana menyusahkan orang lain.

Kalau aku sendiri di tempat Dr. Juanda atau pun orang penting yang lain pun akan letih melayan karenah wartawan. Aku sendiri akan bosan kalau ada orang menganggu... Sebab itu aku selalu meminta maaf berkali-kali kalau terpaksa meminta mereka memberikan kerjasama untuk dapatkan bahan.

Tetapi aku terpaksa menjadi pendesak...walaupun jauh di sudut hati...kalau boleh tidak mahu menganggu kehidupan sesiapa....lagi pun wartawan juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan.

Perasaaan malu, kecil hati, kecewa, sedih terpaksa dilupakan kerana wartawan tidak boleh mengalah dengan alasan seperti ini demi untuk mendapatkan bahan.

Atas sebab itu lah maka aku sering melabelkan diri aku dan juga rakan wartawan lain sebagai `lilin yang berusaha untuk menerangi orang lain' ....apa yang penting kehidupan rakyat terbela dan pemimpin tidak leka dalam memegang tampuk kuasa. Tetapi kesusahan dan keperitan yang dilalui kita (wartawan) tiada siapa pun yang ambil peduli.


.


Tuesday, May 8, 2012

JADI WARTAWAN....SENANG ATAU SUSAH???.....

Tiba-tiba terbaca dalam Facebook (FB) mengenai rungutan seorang wartawan di ibu pejabat Kuala Lumpur...mengenai kisah budak baru bekerja sebagai wartawan...yang tidak puas kerana diarahkan membuat liputan dua tugasan dalam sehari atas alasan jalan sesak dan sebagainya.

Ini bukan kes pertama aku dengar kisah rungutan wartawan baru...aku pun tidak tahu sejauh mana semangat mereka ini untuk menjadi seorang wartawan.

Semuanya serba tak kena...apa yang aku nampak...semuanya nak kerja senang....kalau boleh mereka nak lepak saja kat depan laptop atau komputer...main game atau FB.

Kalau nak kira teruk....banyak lagi cabaran di zaman aku dulu masa jadi pemberita sambilan (stringer)...bukan setakat kena peka dan kreatif untuk cari bahan (sebab masa itu tidak ada mana-mana jabatan, persatuan, ahli politik kecuali Menteri Besar sahaja yang membuat sidang akhbar ).

Itu belum lagi selepas menaip berita menggunakan mesin taip...kena pula hantar berita dengan membacanya semula menerusi telefon untuk diambil oleh `teleprinter'.

Belum kira lagi kena cuci gambar hitam putih di dalam `bilik gelap' sehinga ke peringkat cetak dan kemudiannya mengejar bas ekspress untuk dihantar ke Seberang Perai (tempat percetakan akhbar Utusan kawasan Utara).

Yang pasti semua bahan kena berusaha mencungkilnya sendiri....sehinggalah aku jadi wartawan tetap di ibu pejabat.

Nak dapatkan berita susulan pula kena terjah terus Pak Menteri di pejabat (maklumlah masa itu mana ada telefon bimbit) jadi jalan terbaik tunggu sahaja beliau di pejabat. Lagi pun bos `mengharamkan' kami berhubung dengan telefon kerana pernah berlaku kes ada orang menyamar.

Untuk bergerak ke satu-satu tempat juga terpaksa menggunakan bas....terpaksa berpanas dan berhujan.

Tetapi semuanya ditempuh dengan tenang....tak pernah aku merungut....kecuali asyik kena panas kerana mudah diserang sakit kepala dan kulit bertambah gelap....

Dan kalau orang tanya aku sekarang...kesal tak memilih kerja sebagai wartawan...aku rasa kerja ini sebenarnya lebih  mudah dari seorang guru (aku bandingkan dgn guru kerana bidang ini dianggap kerja paling mudah dan sesuai pada wanita).

Jadi wartawan tidak terikat dengan masa kerja....kadang-kadang awal....kalau lewat pun tidak boleh sangat berkira masa kerana bukan harus dilalui setiap hari pun. Biasanya kita sudah `cekap' dalam mengagihkan masa supaya dapat bertugas dalam tenang.

Wartawan juga bebas untuk bergerak ke mana-mana.untuk mencari bahan dan melalui peristiwa berkaitan kerja yang berbeza pada setiap hari....apa pun jika taat dan sabar menjadi wartawan sebenarnya mudah sekalipun kerjaya ini dianggap orang lain sukar. :)))

Sunday, March 25, 2012

NASI KUKUS CARA TRADISIONAL DI MAJLIS KENDURI


Pertama kali tengok nasi dimasak dengan pengukus ni...teringat balik masa kecil.

Dulu pemandangan memasak nasi kukus seperti ini boleh dilihat di mana-mana majlis kenduri kahwin.

Bagaimanapun sudah sukar ditemui lagi sekarang kerana tiada lagi acara gotong-royong seperti dahulu untuk kenduri kahwin dan kebanyakannya lebih suka menempah khidmat catering.

Sejak kecil aku suka memerhati orang di bahagian dapur melakukan kerja-kerja mengukus nasi. Bukan sahaja nasi dapat dimasak dengan banyak pada satu-satu masa tetapi kerja itu dilakukan dengan hati-hati kerana perlu meletakkan beras dalam talam besar dan kemudiannya disusun satu-persatu di atas tetingkat. Manakala di sekeliling setiap talam itu diselitkan dengan kain.

Tetingkat ini kemudiannya direndamkan di dalam kuali besar yang akan ditutup keseluruhannya dengan bekas aluminium. Kalau dahulu tetingkatnya diperbuat daripada kayu.

Nasi yang dimasak secara tradisional ini lebih enak dan juga tahan lama (tidak mudah basi) dan tidak mentah di mana jika berlaku dua perkara ini pastinya tuan rumah akan mendapat malu.

Aku pula suka nasi kukus ini kerana rasanya lebih peroi dan begitu sesuai dimakan dengan lauk-pauk seperti kurma daging dan kerabu taugeh.

Seronoknya apabila di zaman millenium ini aku masih dapat menikmati makan nasi kukus cara lama ini apabila mendapat jemputan kenduri kahwin dari seorang sepupu di Jalan Mata Ayer, Perlis baru-baru ini.



Friday, March 23, 2012

BILA WARTAWAN TIDAK DIHARGAI

Sekembalinya aku ke negeri kelahiran, sejak Januari untuk bertugas sebagai wartawan pelbagai pengalaman yang menunjukkan orang Perlis masih memandang `lekeh' terhadap profesyen ini sekalipun telah memasuki zaman millenium.

Kadang-kadang rasa macam tak ada muka apabila masuk ke majlis yang dijemput...seolah-olah `press nak datang-datang lah...kami jemput saja....layanan (layan diri - self-service).

Jangan kata nak disediakan tempat duduk...jauh sekali untuk dijemput makan...apa tah lagi sebarang maklumat mengenai majlis itu memang tiada langsung... Aduh...ini yang membuatkan aku sebenarnya cukup seronok bekerja di Kuala Lumpur.... penganjur majlis begitu menghargai kedatangan orang suratkhabar....bukan kita nak dilayan bagai raja...tetapi lengkap dengan maklumat...maksud aku kenyataan akhbar..jadi tak tersilaplah nanti dalam menulis maklumat setiap majlis yang dianjurkan.

Ini dah lah aku orang baru kat sini...datang buat tak nampak...tanya maklumat....masing-masing sibuk...tak dapat mencari orang yang menganjur....akhirnya kena pandai-pandai sendiri. Umpama hadir ke majlis macam orang tak undang... `bagai orang bodoh dibuatnya'... Bagi mereka, kehadiran orang suratkhabar tak perlu dilayan...

Biasanya kalau di Kuala Lumpur, setiausaha akhbar tersangatlah sibuk mencari press...dijaganya sungguh-sungguh dari datang untuk diserahkan kenyataan akhbar hingga ke sidang akhbar dan makan... tapi di sini...nama sahaja setiausaha akhbar... dia tidak peduli pun kita ada atau tidak...dia yang sedap-sedap makan... kita (wartawan) berdiri lah terkulat-kulat di dalam majlis itu dan akhirnya pulang begitu sahaja.

Itu belum kira..orang yang `kaki sibuk' di dalam majlis di mana akhirnya aku sendiri yang dimalukan.

Kehadiran wartawan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Tambun Tulang di Kubang Gajah beberapa hari lalu atas jemputan Datuk Seri Shahidan Kassim (DSSK) menyaksikan aku sendiri dimalukan tanpa belas kasihan.

Sampai isteri Menteri Besar pernah perli wartawan yang dianggapnya suka sangat hadir ke majlis DSSK kerana hendak dapat `hun' (istilah yang digunakan sebagai dapat duit) Tapi wartawan bukan nak sangat duit setakat RM50 tu....tetapi layanan baik dan nilai berita yang boleh ditulis dengan menarik...itu yang penting!!

Pada hari malang itu, tak semena-mena aku yang hendak duduk di sebuah meja makan setelah majlis tamat....dijeritkan dengan kuat oleh oleh seorang wanita UMNO yang tinggi lampai yang juga katanya seorang Penyelia Jabatan Kemas Perlis...`kak jangan duduk di situ..bangun!!'...sayangnya nama sahaja indah iaitu `Malaysia' tapi perangai tak seindah nama kerana perlakuan yang kasar dan biadap. Tak bolehkah dia datang dan beritahu aku secara diam-diam. Aku pun bukannya lapar sangat nak makan...hanya baru meletakkan bontot sahaja.

Akibatnya semua wartawan akhbar sepakat mengambil keputusan pulang sahaja kerana bukan sahaja kecewa dengan jeritan wanita itu yang sungguh memalukan malah tiada siapa pun yang sudi menjemput kami untuk makan kerana masing-masing sibuk nak mengenyangkan tekak.

Sekalipun dipanggil semula oleh DSSK untuk makan setelah menyedari press `merajuk' ...tapi aku tak akan berpatah balik hanya untuk makan....tapi berita itu tetap ku tulis...kerana wartawan ini memang `bagai lilin yang menerangi orang lain'....hati kecewa, marah..tapi ketepikan semua itu demi untuk bangsa dan negara...



Wednesday, February 29, 2012

JUMPA PAK MAN `KOMUNIS'

Keterangan gambar: Aku terpaksa bersila ketika menemuramah Pak Man duduk atas kerusi kerana mengalami masalah sakit kaki.


Pertemuan dengan Othman Teh, 83, atau lebih dikenali sebagai Pak Man yang pernah dicop sebagai `komunis' gara-gara nak cari penerima yang lain latar belakangnya sebagai penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Dengan bantuan Karim - wartawan senior yang lama berkhidmat di pelbagai akhbar di Perlis...aku dan jurugambar, Faizal berjaya mencari Pak Man yang tinggal dengan isteri dan anak perempuannya di sebuah perkampungan kira-kira dua kilometer sahaja dari Pekan Padang Besar.

Kalau dulu sebut sahaja komunis, buatkan sesiapa sahaja naik marah dan geram. Aku pun sama tambahan pula tengok kekejaman komunis terhadap rakyat negara ini tetapi bagi generasi yang dilahirkan selepas Malaysia merdeka tetapi semua ini hanya dapat disaksikan menerusi kaca televisyen sahaja menerusi drama.

Berbalik pada cerita Pak Man...pertama kali aku memandang lelaki tua ini...bukan sahaja masih kemas dan rapi...cuma pendengaran dia memang terjejas teruk...bercakap dengan dia membuatkan kami semua terpaksa menyoal dia dalam keadaan terjerit-jerit...kalau hendak dengar radio kiranya kena buka suara sampai tahap paling tinggi... geli hati pun ada...

Pak Man tinggal selama 40 tahun di dalam hutan tetapi tidak pernah pun memikul senjata kerana tugasnya cuma mencetak propaganda komunis. Hakikatnya Pak Man memang terperangkap dengan perjuangan komunis sedangkan sejak pembabitan awalnya di dalam politik lagi dia memilih menjadi ahli UMNO.

Kata Pak Man disebabkan UMNO pada ketika itu enggan menuntut kemerdekaan maka dia juga mengikut jejak langkah Datuk Onn Jaafar yang keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) tahun 1951.

Jelas Pak Man, komunis menggunakan helah kemerdekaan di mana berjanji akan membantu IMP untuk bersama-sama membebaskan negara ini dari penjajah termasuk membekalkan senjata api.

Sepanjang tinggal di dalam hutan, dia masih tetap dengan perjuangan IMP iaitu menuntut kemerdekaan.

Sebaik sahaja Perjanjian Damai Haadyai tahun 1989, Pak Man bersyukur kerana berpeluang menetap di tanah air pada tahun 1992 dan kemudiannya mendaftar sebagai ahli UMNO dua tahun kemudian.

Jelas Pak Man dia memang tidak pernah berganjak dengan perjuangan UMNO dan tidak mungkin akan menyertai pembangkang sekalipun dirinya pernah dicap sebagai komunis hanya kerana cita-cita mahu memerdekakan negara.

Lebih menarik ketika berbual dengan Pak Man mengenai BR1M, dalam lenggok bahasa yang menarik (seolah bukan berhadapan dengan seorang tua) menyokong usaha kerajaan memang ada niat untuk berkongsi hasil kemakmuran ekonomi bersama dengan rakyat tetapi cuma tahun ini sahaja dapat dilaksanakan.

Pandangan Pak Man, orang UMNO juga kena rajin dan kerap masuk ke kampung untuk menyelami hati rakyat supaya peluang yang lebih cerah meraih undi bagi memastikan UMNO terus berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Luahan hati Pak Man memang tidak boleh diketepikan. Tetapi siapa Pak Man sehingga ada orang UMNO yang mahu minta pandangannya kerana pernah dicap sebagai bekas komunis pulak tu....Tapi Pak Man sendiri tidak pernah menyokong perjuangan komunis... Malah dia tetap seorang Islam dan menunaikan solat lima waktu.

Menariknya...pada usia ini, Pak Man masih sihat tanpa sebarang penyakit kronik dan dia masih gigih membaca sekurang-kurangnya tiga akhbar setiap hari dan pelbagai bacaan lagi termasuk mesti menonton siaran berita TV.

Pada pandangan saya, silapnya Pak Man kerana masuk ke hutan sehingga dicap sebagai komunis. Kalau tidak pastinya dia sudah menjadi orang penting di dalam UMNO yang tetap disayanginya sehingga nyawa habis di badan.


Friday, February 24, 2012

BILA KE SIDANG AKHBAR MUFTI

Esok ada sidang akhbar oleh Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya. Pagi lagi aku sibuk menelefon kawan-kawan...mana satu pejabatnya....ingatkan dekat Jabatan Agama Perlis ka....kat Mahkamah Syariah ka...rupa-rupanya kat tempat pejabat kerajaan negeri Perlis yang lama....kata orang kat sini dekat jam besar macam kat London tu...

Namanya memang dah tersohor...masa duduk di Kuala Lumpur lagi aku pernah telefon dia untuk membuat susulan berita berkaitan dengan isu agama campur politik.

Masa masuk pejabatnya, dengana rendah hati dia kata, ``maaf ya pejabat saya yang sempit ini buatkan tuan-tuan dan puan-puan semua rasa tak selesa...'' Kami semua memang tidak kisah...tapi yang unik kat Perlis ni.... bukan wartawan Melayu sahaja yang hadir di pejabat Dr. Juanda tapi juga dari akhbar Cina (mereka lah yang sudi ambil gambar ini untuk kami mengabadikan kenangan bersama Dr. Juanda).

Ternyata...Dr. Juanda begitu sederhana...malah dia agak segan dengan mengatakan tidak memakai baju lebih bergaya jika tahu kami semua ingin bergambar dengan dia.

Paling lawak, habis dikeluarkan makan yang ada dalam simpanannya...pelbagai jenis biskut...dan rempeyek...semua kawan-kawanku makan...(kecuali aku sebab dah sarapan di rumah).

Berbelas cawan air teh juga terpaksa pelayan pejabat tu kena sediakan untuk kami semua.

Sidang akhbar Dr. Juanda juga menjurus kepada apa yang telah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Fatwa Perlis yang berlangsung baru-baru ini.

Antaranya beliau bimbang dengan gejala filem seram yang membuatkan kanak-kanak lebih takutkan hantu dari Allah. Apa nak jadi pada generasi akan datang kerana asyik takut hantu...Biarpun banyak fatwa yang diputuskan...aku agak hati-hati kerana isu berkaitan dengan agama ni tidak boleh buat silap.... Jadi peninglah juga nak menghasilkan berita mengenai isu agama ni.... Gitulah hidup wartawan kena tahu semuanya....

Saturday, February 4, 2012

AKHIRNYA BERTUGAS DI KAMPUNG HALAMAN

Penat mengemas masih belum habis. Sebab mengemas tak habis-habis. Semua ini gara-gara pertukaran kali ini berpihak kepada aku.

Akhirnya perjuangan untuk balik kampung...alhamdulillah Allah makbulkan...sesungguhnya Allah mendengar rintihan ini demi ibu ku. Antara percaya dengan tidak...tapi aku kena percaya jugak...sesekali terasa pula sayang nak tinggalkan kota Kuala Lumpur...tapi kasih sayang di tanah kelahiran ku melebihi segala-galanya.

3 Januari 2012...aku pulang berkhidmat di Utusan Melayu Cawangan Kangar. Dah sebulan aku di sini sebab aku kemaskini semula blog ini pada 4 Februari 2012.

Teringat di sini mula-mula aku menapak sebagai pemberita sambilan. Akhirnya selepas dua tahun setengah aku menjadi wartawan di Utusan Melayu Kuala Lumpur.

Kini aku kembali. Ada lagi beberapa kawan lama dari akhbar berbahasa Melayu dan Cina yang mengalu-alukan kepulangan aku.

Cuma masing-masing dah berusia. Tetapi masih dalam bidang kewartawanan.

Tetapi mereka seakan tidak percaya aku dah tinggalkan Kangar selama 20 tahun.

Lebih kelakar seorang budak Cina (dulu masa aku jadi pemberita sambilan) yang menjual cederamata di kedai sebelah tempat kerja pun masih ingat aku.... He..he...aku kan peramah...dengan sesiapa sahaja aku sudi bersembang....

Lebih tenang dan rileks bekerja di Perlis....jarak tempat kerja ke rumah..hampir satu kilometer...tiada langsung kesesakan jalan raya (jem) dan setiap hari kena tempuh satu sahaja lampu isyarat..kira-kira dua minit boleh sampai dah ke Utusan.

Dan aku mula merasai masa yang lebih panjang apabila bekerja di Perlis sebab begitu mudah dan cepat untuk ke tempat tugasan...maklumlah di Kuala Lumpur...nak meredah jalan dan parkir sahaja satu setengah jam...separuh hari masa kerja di sana hanya dapat mencari satu bahan sahaja.

Apa pun alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah.... :))