Tiba-tiba terbaca dalam Facebook (FB) mengenai rungutan seorang wartawan di ibu pejabat Kuala Lumpur...mengenai kisah budak baru bekerja sebagai wartawan...yang tidak puas kerana diarahkan membuat liputan dua tugasan dalam sehari atas alasan jalan sesak dan sebagainya.
Ini bukan kes pertama aku dengar kisah rungutan wartawan baru...aku pun tidak tahu sejauh mana semangat mereka ini untuk menjadi seorang wartawan.
Semuanya serba tak kena...apa yang aku nampak...semuanya nak kerja senang....kalau boleh mereka nak lepak saja kat depan laptop atau komputer...main game atau FB.
Kalau nak kira teruk....banyak lagi cabaran di zaman aku dulu masa jadi pemberita sambilan (stringer)...bukan setakat kena peka dan kreatif untuk cari bahan (sebab masa itu tidak ada mana-mana jabatan, persatuan, ahli politik kecuali Menteri Besar sahaja yang membuat sidang akhbar ).
Itu belum lagi selepas menaip berita menggunakan mesin taip...kena pula hantar berita dengan membacanya semula menerusi telefon untuk diambil oleh `teleprinter'.
Belum kira lagi kena cuci gambar hitam putih di dalam `bilik gelap' sehinga ke peringkat cetak dan kemudiannya mengejar bas ekspress untuk dihantar ke Seberang Perai (tempat percetakan akhbar Utusan kawasan Utara).
Yang pasti semua bahan kena berusaha mencungkilnya sendiri....sehinggalah aku jadi wartawan tetap di ibu pejabat.
Nak dapatkan berita susulan pula kena terjah terus Pak Menteri di pejabat (maklumlah masa itu mana ada telefon bimbit) jadi jalan terbaik tunggu sahaja beliau di pejabat. Lagi pun bos `mengharamkan' kami berhubung dengan telefon kerana pernah berlaku kes ada orang menyamar.
Untuk bergerak ke satu-satu tempat juga terpaksa menggunakan bas....terpaksa berpanas dan berhujan.
Tetapi semuanya ditempuh dengan tenang....tak pernah aku merungut....kecuali asyik kena panas kerana mudah diserang sakit kepala dan kulit bertambah gelap....
Dan kalau orang tanya aku sekarang...kesal tak memilih kerja sebagai wartawan...aku rasa kerja ini sebenarnya lebih mudah dari seorang guru (aku bandingkan dgn guru kerana bidang ini dianggap kerja paling mudah dan sesuai pada wanita).
Jadi wartawan tidak terikat dengan masa kerja....kadang-kadang awal....kalau lewat pun tidak boleh sangat berkira masa kerana bukan harus dilalui setiap hari pun. Biasanya kita sudah `cekap' dalam mengagihkan masa supaya dapat bertugas dalam tenang.
Wartawan juga bebas untuk bergerak ke mana-mana.untuk mencari bahan dan melalui peristiwa berkaitan kerja yang berbeza pada setiap hari....apa pun jika taat dan sabar menjadi wartawan sebenarnya mudah sekalipun kerjaya ini dianggap orang lain sukar. :)))
No comments:
Post a Comment