Pertemuan dengan Othman Teh, 83, atau lebih dikenali sebagai Pak Man yang pernah dicop sebagai `komunis' gara-gara nak cari penerima yang lain latar belakangnya sebagai penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
Dengan bantuan Karim - wartawan senior yang lama berkhidmat di pelbagai akhbar di Perlis...aku dan jurugambar, Faizal berjaya mencari Pak Man yang tinggal dengan isteri dan anak perempuannya di sebuah perkampungan kira-kira dua kilometer sahaja dari Pekan Padang Besar.
Kalau dulu sebut sahaja komunis, buatkan sesiapa sahaja naik marah dan geram. Aku pun sama tambahan pula tengok kekejaman komunis terhadap rakyat negara ini tetapi bagi generasi yang dilahirkan selepas Malaysia merdeka tetapi semua ini hanya dapat disaksikan menerusi kaca televisyen sahaja menerusi drama.
Berbalik pada cerita Pak Man...pertama kali aku memandang lelaki tua ini...bukan sahaja masih kemas dan rapi...cuma pendengaran dia memang terjejas teruk...bercakap dengan dia membuatkan kami semua terpaksa menyoal dia dalam keadaan terjerit-jerit...kalau hendak dengar radio kiranya kena buka suara sampai tahap paling tinggi... geli hati pun ada...
Pak Man tinggal selama 40 tahun di dalam hutan tetapi tidak pernah pun memikul senjata kerana tugasnya cuma mencetak propaganda komunis. Hakikatnya Pak Man memang terperangkap dengan perjuangan komunis sedangkan sejak pembabitan awalnya di dalam politik lagi dia memilih menjadi ahli UMNO.
Kata Pak Man disebabkan UMNO pada ketika itu enggan menuntut kemerdekaan maka dia juga mengikut jejak langkah Datuk Onn Jaafar yang keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) tahun 1951.
Jelas Pak Man, komunis menggunakan helah kemerdekaan di mana berjanji akan membantu IMP untuk bersama-sama membebaskan negara ini dari penjajah termasuk membekalkan senjata api.
Sepanjang tinggal di dalam hutan, dia masih tetap dengan perjuangan IMP iaitu menuntut kemerdekaan.
Sebaik sahaja Perjanjian Damai Haadyai tahun 1989, Pak Man bersyukur kerana berpeluang menetap di tanah air pada tahun 1992 dan kemudiannya mendaftar sebagai ahli UMNO dua tahun kemudian.
Jelas Pak Man dia memang tidak pernah berganjak dengan perjuangan UMNO dan tidak mungkin akan menyertai pembangkang sekalipun dirinya pernah dicap sebagai komunis hanya kerana cita-cita mahu memerdekakan negara.
Lebih menarik ketika berbual dengan Pak Man mengenai BR1M, dalam lenggok bahasa yang menarik (seolah bukan berhadapan dengan seorang tua) menyokong usaha kerajaan memang ada niat untuk berkongsi hasil kemakmuran ekonomi bersama dengan rakyat tetapi cuma tahun ini sahaja dapat dilaksanakan.
Pandangan Pak Man, orang UMNO juga kena rajin dan kerap masuk ke kampung untuk menyelami hati rakyat supaya peluang yang lebih cerah meraih undi bagi memastikan UMNO terus berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Luahan hati Pak Man memang tidak boleh diketepikan. Tetapi siapa Pak Man sehingga ada orang UMNO yang mahu minta pandangannya kerana pernah dicap sebagai bekas komunis pulak tu....Tapi Pak Man sendiri tidak pernah menyokong perjuangan komunis... Malah dia tetap seorang Islam dan menunaikan solat lima waktu.
Menariknya...pada usia ini, Pak Man masih sihat tanpa sebarang penyakit kronik dan dia masih gigih membaca sekurang-kurangnya tiga akhbar setiap hari dan pelbagai bacaan lagi termasuk mesti menonton siaran berita TV.
Pada pandangan saya, silapnya Pak Man kerana masuk ke hutan sehingga dicap sebagai komunis. Kalau tidak pastinya dia sudah menjadi orang penting di dalam UMNO yang tetap disayanginya sehingga nyawa habis di badan.
No comments:
Post a Comment