Setiap kunjungan pelawat dihargai

Sunday, March 25, 2012

NASI KUKUS CARA TRADISIONAL DI MAJLIS KENDURI


Pertama kali tengok nasi dimasak dengan pengukus ni...teringat balik masa kecil.

Dulu pemandangan memasak nasi kukus seperti ini boleh dilihat di mana-mana majlis kenduri kahwin.

Bagaimanapun sudah sukar ditemui lagi sekarang kerana tiada lagi acara gotong-royong seperti dahulu untuk kenduri kahwin dan kebanyakannya lebih suka menempah khidmat catering.

Sejak kecil aku suka memerhati orang di bahagian dapur melakukan kerja-kerja mengukus nasi. Bukan sahaja nasi dapat dimasak dengan banyak pada satu-satu masa tetapi kerja itu dilakukan dengan hati-hati kerana perlu meletakkan beras dalam talam besar dan kemudiannya disusun satu-persatu di atas tetingkat. Manakala di sekeliling setiap talam itu diselitkan dengan kain.

Tetingkat ini kemudiannya direndamkan di dalam kuali besar yang akan ditutup keseluruhannya dengan bekas aluminium. Kalau dahulu tetingkatnya diperbuat daripada kayu.

Nasi yang dimasak secara tradisional ini lebih enak dan juga tahan lama (tidak mudah basi) dan tidak mentah di mana jika berlaku dua perkara ini pastinya tuan rumah akan mendapat malu.

Aku pula suka nasi kukus ini kerana rasanya lebih peroi dan begitu sesuai dimakan dengan lauk-pauk seperti kurma daging dan kerabu taugeh.

Seronoknya apabila di zaman millenium ini aku masih dapat menikmati makan nasi kukus cara lama ini apabila mendapat jemputan kenduri kahwin dari seorang sepupu di Jalan Mata Ayer, Perlis baru-baru ini.



No comments:

Post a Comment