Kadang-kadang rasa macam tak ada muka apabila masuk ke majlis yang dijemput...seolah-olah `press nak datang-datang lah...kami jemput saja....layanan (layan diri - self-service).
Jangan kata nak disediakan tempat duduk...jauh sekali untuk dijemput makan...apa tah lagi sebarang maklumat mengenai majlis itu memang tiada langsung... Aduh...ini yang membuatkan aku sebenarnya cukup seronok bekerja di Kuala Lumpur.... penganjur majlis begitu menghargai kedatangan orang suratkhabar....bukan kita nak dilayan bagai raja...tetapi lengkap dengan maklumat...maksud aku kenyataan akhbar..jadi tak tersilaplah nanti dalam menulis maklumat setiap majlis yang dianjurkan.
Ini dah lah aku orang baru kat sini...datang buat tak nampak...tanya maklumat....masing-masing sibuk...tak dapat mencari orang yang menganjur....akhirnya kena pandai-pandai sendiri. Umpama hadir ke majlis macam orang tak undang... `bagai orang bodoh dibuatnya'... Bagi mereka, kehadiran orang suratkhabar tak perlu dilayan...
Biasanya kalau di Kuala Lumpur, setiausaha akhbar tersangatlah sibuk mencari press...dijaganya sungguh-sungguh dari datang untuk diserahkan kenyataan akhbar hingga ke sidang akhbar dan makan... tapi di sini...nama sahaja setiausaha akhbar... dia tidak peduli pun kita ada atau tidak...dia yang sedap-sedap makan... kita (wartawan) berdiri lah terkulat-kulat di dalam majlis itu dan akhirnya pulang begitu sahaja.
Itu belum kira..orang yang `kaki sibuk' di dalam majlis di mana akhirnya aku sendiri yang dimalukan.
Kehadiran wartawan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Tambun Tulang di Kubang Gajah beberapa hari lalu atas jemputan Datuk Seri Shahidan Kassim (DSSK) menyaksikan aku sendiri dimalukan tanpa belas kasihan.
Sampai isteri Menteri Besar pernah perli wartawan yang dianggapnya suka sangat hadir ke majlis DSSK kerana hendak dapat `hun' (istilah yang digunakan sebagai dapat duit) Tapi wartawan bukan nak sangat duit setakat RM50 tu....tetapi layanan baik dan nilai berita yang boleh ditulis dengan menarik...itu yang penting!!
Pada hari malang itu, tak semena-mena aku yang hendak duduk di sebuah meja makan setelah majlis tamat....dijeritkan dengan kuat oleh oleh seorang wanita UMNO yang tinggi lampai yang juga katanya seorang Penyelia Jabatan Kemas Perlis...`kak jangan duduk di situ..bangun!!'...sayangnya nama sahaja indah iaitu `Malaysia' tapi perangai tak seindah nama kerana perlakuan yang kasar dan biadap. Tak bolehkah dia datang dan beritahu aku secara diam-diam. Aku pun bukannya lapar sangat nak makan...hanya baru meletakkan bontot sahaja.
Akibatnya semua wartawan akhbar sepakat mengambil keputusan pulang sahaja kerana bukan sahaja kecewa dengan jeritan wanita itu yang sungguh memalukan malah tiada siapa pun yang sudi menjemput kami untuk makan kerana masing-masing sibuk nak mengenyangkan tekak.
Sekalipun dipanggil semula oleh DSSK untuk makan setelah menyedari press `merajuk' ...tapi aku tak akan berpatah balik hanya untuk makan....tapi berita itu tetap ku tulis...kerana wartawan ini memang `bagai lilin yang menerangi orang lain'....hati kecewa, marah..tapi ketepikan semua itu demi untuk bangsa dan negara...
No comments:
Post a Comment