Harumanis digelar buah elit dari Perlis.... |
Mana tidaknya nilai mempelam harumanis memang dah dikategori sebagai buah elit...perlu dijaga bagai emas.
Tak jaga dengan baik semasa berbuah..alamatlah kena curi.
Dulu harumanis hanya berharga RM10 sekilogram...sekarang mencecah RM18. Itu harga di dalam Perlis saja.
Aku orang Perlis pun susah nak merasa harumanis. Yang pelik orang luar dah kenyang makan..sampai terbelahak.
Akhirnya dah nak hujung musim....dapat juga lah dua biji (seperti dalam gambar ini) buah elit ini untuk aku merasanya.
Terima kasihlah kerana cuma bagi buah ini kepada wartawan sahaja. Kalau tetamu lain hanya setakat dijamu mempelam bersama pulut sahaja. (Patutlah bagi hadiah buah ini masa semua orang dah balik....memang kerja wartawan ni murah rezeki...alhamdulillah)... :))
No comments:
Post a Comment