Setiap kunjungan pelawat dihargai

Thursday, May 3, 2012

JALAN-JALAN JUMPA SIPUT ANAK DARA...



  1. Sejak berpindah dari Kuala Lumpur pada 15 Disember tahun lalu hanya pada 28 April lalu tiba-tiba muncul rancangan drastik nak ke rumah abang sulung di Puncak Alam, Selangor. Bukan sahaja sudah rasa agak lama tak bercuti di luar Perlis....nak juga makan angin...jemu jugak kalau dapat cuti lima hari tak ke mana-mana. Lagi sekali ke Pantai Remis di Jeram, Selangor...kira-kira setengah jam dari Puncak Alam. Tak sangka pula dalam banyak siput yang dijual ada nama siput anak dara...namanya buat kami semua tergelak..dah tu...loklaq (tak senonoh) kata orang Utara...anak dara apa asyik menyembur air atau memancut jer...he..he... Tapi kata mak mungkin ni siput retak seribu kalau di Perlis (adik beradik lah tu atau asal spesies sama)..tapi saiznya agak kecil...Tengok saja tak beli...sebab tak tahu nak masak apa...Aku cari maklumat dalam Google pun tak ada pasal siput anak dara ni...tengok aje lah yer.... Lagi pun lama aku tak kemas kini blog...lega hari ini selepas tiga bulan laptop kembali berfungsi...sebabnya guna broadband Maxis....kat Kangar..mak ooiii liputannya teramat teruk...hari ini aku seronok sebab dah guna Streamyx...laju daripada sebelum ni...alhamdulillah...


No comments:

Post a Comment