Setiap kunjungan pelawat dihargai

Saturday, February 4, 2012

AKHIRNYA BERTUGAS DI KAMPUNG HALAMAN

Penat mengemas masih belum habis. Sebab mengemas tak habis-habis. Semua ini gara-gara pertukaran kali ini berpihak kepada aku.

Akhirnya perjuangan untuk balik kampung...alhamdulillah Allah makbulkan...sesungguhnya Allah mendengar rintihan ini demi ibu ku. Antara percaya dengan tidak...tapi aku kena percaya jugak...sesekali terasa pula sayang nak tinggalkan kota Kuala Lumpur...tapi kasih sayang di tanah kelahiran ku melebihi segala-galanya.

3 Januari 2012...aku pulang berkhidmat di Utusan Melayu Cawangan Kangar. Dah sebulan aku di sini sebab aku kemaskini semula blog ini pada 4 Februari 2012.

Teringat di sini mula-mula aku menapak sebagai pemberita sambilan. Akhirnya selepas dua tahun setengah aku menjadi wartawan di Utusan Melayu Kuala Lumpur.

Kini aku kembali. Ada lagi beberapa kawan lama dari akhbar berbahasa Melayu dan Cina yang mengalu-alukan kepulangan aku.

Cuma masing-masing dah berusia. Tetapi masih dalam bidang kewartawanan.

Tetapi mereka seakan tidak percaya aku dah tinggalkan Kangar selama 20 tahun.

Lebih kelakar seorang budak Cina (dulu masa aku jadi pemberita sambilan) yang menjual cederamata di kedai sebelah tempat kerja pun masih ingat aku.... He..he...aku kan peramah...dengan sesiapa sahaja aku sudi bersembang....

Lebih tenang dan rileks bekerja di Perlis....jarak tempat kerja ke rumah..hampir satu kilometer...tiada langsung kesesakan jalan raya (jem) dan setiap hari kena tempuh satu sahaja lampu isyarat..kira-kira dua minit boleh sampai dah ke Utusan.

Dan aku mula merasai masa yang lebih panjang apabila bekerja di Perlis sebab begitu mudah dan cepat untuk ke tempat tugasan...maklumlah di Kuala Lumpur...nak meredah jalan dan parkir sahaja satu setengah jam...separuh hari masa kerja di sana hanya dapat mencari satu bahan sahaja.

Apa pun alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah.... :))

No comments:

Post a Comment