Serabai Mak Ndak yang sedap |
Untuk membuat serabai ada acuan pembakar khas |
Sabtu pula sibuk hendak siapkan rencana untuk fokus Dewan Undangan Negeri (ini semua menjelang pilihan raya) yang mana sampai aku terpaksa telefon bos - untuk tukar hari off (pada hal masa itu bos dah separuh jalan nak sampai pejabat)...lega bos setuju..
Jadi dapat lah aku off kembar...Ahad dan Isnin. Seronoknya...Ahad digunakan sepenuhnya untuk mengemas dua bilik dan dua ruang tamu (bilik seterusnya nanti dulu)...buang sawang, sapu sampah dan mengelap habuk....tapi buat kerja sekejap dan berhenti sekejap...penat memanjang. Masa tu aku terfikir...ingat senang ke jadi `cleaner'..Rasakan..baru tahu peritnya...lebih baik jadi wartawan....
Sejak malam lagi aku sudah janji dengan emak hendak membawa dia melawat adik iparnya (bapa saudara aku) yang kemalangan jalan raya hingga koma beberapa hari.
Mak saudara aku yang dipanggil Mak Ndak (bekas jururawat hospital) memang rajin orangnya. Beria-ia sebelum Pak Ndak kemalangan lagi, kalau ke rumah dia di Taman Kempas, Sungai Petani, Kedah nanti dah janji nak sediakan kuih serabai - orang Melayu pun ada serabai tetapi bahan-bahannya tidak sama dengan serabai orang Inggeris.
Sejak bersara dia memenuhi masa lapangnya menerima tempahan membuat serabai... Katanya, ``mudah dibuat, modal kecil tetapi untung berganda'... Ini cakap orang rajin sebenarnya..itulah Mak Ndak aku...adik mak ketiga tetapi berlainan bapa.
Seronok pula tengok Mak Ndak buat kuih serabai ini dan biasanya ia dimakan dengan kuah durian atau kuah apa-apapun yang dirasakan sesuai.
Memang sedap...siap dibekalkan lagi sebagai tanda mata kerana sudi berkunjung ke rumahnya.
No comments:
Post a Comment