Pusat Koreksional Perlis bernilai RM135 juta ini siap dibina pada April 2011 di kawasan seluas 40.5 hektar di mana mampu menempatkan 800 penghuni. |
Pintu masuk Pusat Koreksional Perlis di Jalan Kok Klang, Mata Ayer, Perlis |
Sempena Sambutan Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail Ke-69, Pusat Koreksional yang akhirnya dirasmikan pada 29 Mei baru-baru ini.
Pertama kali melalui pusat ini memang pelik dengan nama `Koreksional'..tempat apa tu...rupa-rupanya Penjara.
Koreksional lebih kepada nama yang diterjemah dari perkataan Inggeris...iaitu `correctional' tetapi kepelikan nama ini sebenarnya mengundang kepada perkataan yang buatkan sesiapa sahaja cuba untuk `mengubahsuaikannya' dengan sesuka hati....
Tetapi seperti titah Raja Perlis, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Penjara Malaysia telah melakukan transformasi dengan mengubah institusi berbentuk penahanan dan penghukuman kepada sebuah institusi berbentuk pemulihan seperti Pusat Koreksional.
Baginda percaya pusat ini mampu mengintegrasikan semula penghuni ke dalam masyarakat.
``Beta difahamkan ini kerana terdapatnya pelbagai program pemulihan di luar tembok mengintegrasikan semula penghuni ke dalam masyarakat penjara bersama komuniti yang diperkembangkan seperti Sistem Parol, Perintah Kehadiran Wajib dan Pusat Pemulihan Masyarakat,'' titah baginda.
Aku juga ambil masa untuk tahu...apa itu Pusat Koreksional....ia sebenarnya adalah sebuah penjara tapi namanya ditukar dengan sebutan lebih lembut bagi menunjukkan tempat untuk menghukum pesalah jenayah kini tidak seganas pada zaman sebelum ini....pusat ini juga lebih moden dan cantik....
Malah aku juga tidak lagi merasa gerun seperti yang dirasai ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Penjara Kajang atau Penjara Alor Setar (yang lama).
Bila dah nama Pusat Koreksional, susah pula apabila perlu tukarkan nama `banduan' kepada `penghuni'....nanti pembaca tidak tahu pula penghuni apa....maka kenalah juga sebut `penghuni penjara'...
Jadi kalau masih tak insaf lagi selepas dihantar ke Pusat Koreksional...tak tahu nak cakap apa lah...Dan satu lagi masyarakat juga tidak boleh memandang hina kepada bekas penghuni ini. Berikan mereka peluang...untuk terus hidup di bumi Allah dengan tenang.
syabas....dari bekas kpl 6169
ReplyDeleteTerima kasih Tuan Shahidan kerana sudi komen dan jengah blog saya
ReplyDelete