Klinik 1Malaysia di Taman Pertiwi, Seriab, Kangar , Perlis dirasmikan pada 15 Januari 2010 |
Dah nak Maghrib baharu mak nak dihantar ke klinik (macam tu lah dia...kalau teruk baru mahu ke klinik).
Mak kata dia tak nak ke klinik swasta apa lagi Klinik Dr. Menon yang terkenal di Perlis. Katanya semua doktor tidak sebagus Dr. Ahmad Nizam di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Aku akui Dr. Ahmad Nizam.memang terbaik untuk mak jika demam atau alahan - ini yang buat aku terkilan.
Sebab tak tahu mana yang terbaik maka aku cadangkan mak `jom kita ke Klinik 1Malaysia'. Mak tak kisah. Aku lega....sebab pesakit tak ramai. Suasana dalam klinik nampak tenang dan hanya letak saja kad pengenalan di dalam sebuah bakul kecil atas kaunter. Tunggu sahaja pembantu jururawat panggil nama untuk dapatkan nombor.
Masa ni aku mula berfkir....untungnya menjadi rakyat Malaysia. Klinik 1Malaysia, idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak...itupun masih ada yang mengecam kerajaan sekarang....bolehkah dapat keistimewaan ini jika berada di negara lain.
Lebih kurang lima minit, nama mak dipanggil dan dapat nombor gilirannya. Lepas itu aku bawa mak ke keruis menunggu di hadapan bilik Pembantu Pegawai Perubatan (di pintu tertulis Klinik 1Malaysia tidak beri Medical Centificate (Sijil Sakit)...Untuk dapat ubat sajalah.
Nama mak sekali lagi dipanggil oleh jururawat untuk diperiksa suhu demam dan tekanan darah.
Dalam sepuluh minit, nama mak dipanggil untuk diperiksa lagi oleh pegawai bertugas. Baik tutur katanya dalam melayan mak yang suka bercakap. Dia juga memberikan ubat. Aku pula tanya berapa nak bayar (biasanya RM1)..Jawapnya percuma kerana mak warga emas.
Kalau rawatan di klinik sah dah kena bayar RM50. Mak kata bukan berkira duit tapi kalau sakit tak berkurangan nak buat apa.
Alhamdulillah demam mak dah mulai kebah (pulih) sementara aku menulis blog yang lama tak dikemaskini. Klinik 1Malaysia juga mampu memberikan rawatan terbaik. Aku ingat masa berbual dengan seorang ibu muda yang memberitahu klinik ini menjadi pilihannya setiap kali anak-anak demam.
Sekurang-kurangnya sebagai wartawan aku juga melalui pengalaman sebagai pelanggan Klinik 1Malaysia (bagi pihak mak) - memang terbaik untuk rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment