Setiap kunjungan pelawat dihargai

Thursday, May 17, 2012

NAIK KERETA KUDA WAKTU MALAM DI KUALA PERLIS









Rosli seronok dapat membantu  bapa mertuanya sebagai  penunggang kereta kuda pada waktu malam.   

Milo, kuda padi yang dedikasi melaksanakan tugasnya.  

Kanak-kanak paling gemar menaiki kereta kuda.

Aku dan ibu ambil kesempatan merasai pengalaman pertama menaiki kereta kuda di waktu malam.


Fikir punya fikir....bahan untuk Detik 12 Malam bagi ruang S2 untuk sisipan Utusan Malaysia keluaran Sabtu..akhirnya tercetus pada fikiran jurugambar, Faizal Hassan....``Kak macam mana kalau malam ini kita ke Kuala Perlis untuk buat cerita naik kereta kuda waktu malam''' katanya.

Aduh...idea spontan Faizal ini menarik tetapi aku tanya semula kepada Faizal ``Ada ke orang untuk kita suruh `posing' sebab malam ni bukan malam minggu''.

Tapi hendak tidak hendak kena pergi juga untuk dapatkan bahan ini kerana arahan ibu pejabat hendakkan segera.

Rupa-rupanya tanggapan aku salah. Ingatkan tak ada orang...ramai tapi kebanyakannya kanak-kanak. Lega inilah yang dicari-cari.

Lokasi tempat menaiki kereka kuda ini di tepi jalan di mana bersebelahan dengan restoran makanan di tepi laut berhampiran jeti Kuala Perlis.

Kata Rosli yang membantu bapa mertuanya, Pak Ndak malam biasa tetap ada pelanggan tetapi tidak sebanyak pada malam minggu.

Beliau memberitahu, tambang untuk kanak-kanak hanya RM3 dan dewasa pula RM5 dan mereka akan dibawa menaiki kereta kuda kira-kira sejauh 1000 meter sahaja.

Perkhidmatan ini cuma disediakan mulai pukul 6 petang hingga 12 malam sahaja.

Sementara itu, salah seorang pelanggan memberitahu anaknya entah berapa kali sudah menaiki kereta kuda itu jika mereka sekeluarga datang makan di restoran berdekatan.

Aku, ibu dan Faizal juga mencuba. Menang menarik kerana bukan sahaja ini pengalaman pertama aku menaiki kereta kuda tetapi merasa seronok dengan dihembus angin malam Selat Melaka walau jauh di sudut hati amat kasihan kepada Milo, kuda padi yang dedikasi itu kerana membawa tiga orang dewasa yang pastinya berat daripada biasa.....berbanding dengan kanak-kanak.


No comments:

Post a Comment