Sudah ditakdirkan aku dilahirkan untuk bergelar wartawan. Kerjaya yang sering dilabel suka menganggu hidup orang lain.
Kalau bukan kerana kerja...sumpah ...aku sendiri pun memang tak akan kacau kehidupan sesiapa pun. Tapi kerana tugas sebagai wartawan juga maka malam ini aku terpaksa juga menganggu `masa rehat dan tidur' Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya hanya untuk siaran artikel dalam Mingguan Malaysia pada 13 Mei ini.
Petang semalam dalam pukul lima petang, aku dapat arahan editor supaya interbiu Dr. Juanda berkaitan dengan beberapa isu. Jawapan itu mesti dapat hari ini juga dan aku bersyukur kerana Dr. Juanda bersetuju sediakan jawapan secara emel dan tidak perlu jumpa dia di pejabat. Jurugambar pula dah siap merakam wajah terbaru Dr. Juanda di pejabat beliau pagi ini.
Disebabkan Dr. Juanda diam sahaja sampai ke petang ini maka aku menjadi semakin risau...sebab pukul 10.44 tadi, editor dah hantar khidmat pesanan ringkas (SMS)...`Apa cerita' ...maksudnya mana janji aku nak hantar emel Dr. Juanda pada dia.
Aku dah agak akan terima sms itu....sebab itu sejak petang tadi sehingga lah masa aku menaip blog ini, aku masih menunggu jawapan emel Dr. Juanda. Malah aku dah sms editor mungkin aku gagal dalam misi ini (melahirkan penuh kekecewaan kerana gagal untuk menolong dia).
Tiba-tiba Dr. Juanda sms bahawa masa untuk hari ini sebelum 12 tengah malam masih ada setengah jam lagi...dan dia mahu aku beritahu editor...mufti berpegang kepada janji...
Naik malu aku bila dia memberikan alasan punca kelewatan itu dan meminta aku supaya bertenang.
Aku terpaksa menjelaskan....`gitulah Dr. kerja dengan press'....bila bos asak kita...kita pulak kena asak sumber...macam Dr. Juanda ni...apa nak buat...dah terpaksa...Memang keadaan seperti ini membuatkan aku rasa bersalah sangat kerana menyusahkan orang lain.
Kalau aku sendiri di tempat Dr. Juanda atau pun orang penting yang lain pun akan letih melayan karenah wartawan. Aku sendiri akan bosan kalau ada orang menganggu... Sebab itu aku selalu meminta maaf berkali-kali kalau terpaksa meminta mereka memberikan kerjasama untuk dapatkan bahan.
Tetapi aku terpaksa menjadi pendesak...walaupun jauh di sudut hati...kalau boleh tidak mahu menganggu kehidupan sesiapa....lagi pun wartawan juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan.
Perasaaan malu, kecil hati, kecewa, sedih terpaksa dilupakan kerana wartawan tidak boleh mengalah dengan alasan seperti ini demi untuk mendapatkan bahan.
Atas sebab itu lah maka aku sering melabelkan diri aku dan juga rakan wartawan lain sebagai `lilin yang berusaha untuk menerangi orang lain' ....apa yang penting kehidupan rakyat terbela dan pemimpin tidak leka dalam memegang tampuk kuasa. Tetapi kesusahan dan keperitan yang dilalui kita (wartawan) tiada siapa pun yang ambil peduli.
.