Setiap kunjungan pelawat dihargai

Wednesday, February 29, 2012

JUMPA PAK MAN `KOMUNIS'

Keterangan gambar: Aku terpaksa bersila ketika menemuramah Pak Man duduk atas kerusi kerana mengalami masalah sakit kaki.


Pertemuan dengan Othman Teh, 83, atau lebih dikenali sebagai Pak Man yang pernah dicop sebagai `komunis' gara-gara nak cari penerima yang lain latar belakangnya sebagai penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Dengan bantuan Karim - wartawan senior yang lama berkhidmat di pelbagai akhbar di Perlis...aku dan jurugambar, Faizal berjaya mencari Pak Man yang tinggal dengan isteri dan anak perempuannya di sebuah perkampungan kira-kira dua kilometer sahaja dari Pekan Padang Besar.

Kalau dulu sebut sahaja komunis, buatkan sesiapa sahaja naik marah dan geram. Aku pun sama tambahan pula tengok kekejaman komunis terhadap rakyat negara ini tetapi bagi generasi yang dilahirkan selepas Malaysia merdeka tetapi semua ini hanya dapat disaksikan menerusi kaca televisyen sahaja menerusi drama.

Berbalik pada cerita Pak Man...pertama kali aku memandang lelaki tua ini...bukan sahaja masih kemas dan rapi...cuma pendengaran dia memang terjejas teruk...bercakap dengan dia membuatkan kami semua terpaksa menyoal dia dalam keadaan terjerit-jerit...kalau hendak dengar radio kiranya kena buka suara sampai tahap paling tinggi... geli hati pun ada...

Pak Man tinggal selama 40 tahun di dalam hutan tetapi tidak pernah pun memikul senjata kerana tugasnya cuma mencetak propaganda komunis. Hakikatnya Pak Man memang terperangkap dengan perjuangan komunis sedangkan sejak pembabitan awalnya di dalam politik lagi dia memilih menjadi ahli UMNO.

Kata Pak Man disebabkan UMNO pada ketika itu enggan menuntut kemerdekaan maka dia juga mengikut jejak langkah Datuk Onn Jaafar yang keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) tahun 1951.

Jelas Pak Man, komunis menggunakan helah kemerdekaan di mana berjanji akan membantu IMP untuk bersama-sama membebaskan negara ini dari penjajah termasuk membekalkan senjata api.

Sepanjang tinggal di dalam hutan, dia masih tetap dengan perjuangan IMP iaitu menuntut kemerdekaan.

Sebaik sahaja Perjanjian Damai Haadyai tahun 1989, Pak Man bersyukur kerana berpeluang menetap di tanah air pada tahun 1992 dan kemudiannya mendaftar sebagai ahli UMNO dua tahun kemudian.

Jelas Pak Man dia memang tidak pernah berganjak dengan perjuangan UMNO dan tidak mungkin akan menyertai pembangkang sekalipun dirinya pernah dicap sebagai komunis hanya kerana cita-cita mahu memerdekakan negara.

Lebih menarik ketika berbual dengan Pak Man mengenai BR1M, dalam lenggok bahasa yang menarik (seolah bukan berhadapan dengan seorang tua) menyokong usaha kerajaan memang ada niat untuk berkongsi hasil kemakmuran ekonomi bersama dengan rakyat tetapi cuma tahun ini sahaja dapat dilaksanakan.

Pandangan Pak Man, orang UMNO juga kena rajin dan kerap masuk ke kampung untuk menyelami hati rakyat supaya peluang yang lebih cerah meraih undi bagi memastikan UMNO terus berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Luahan hati Pak Man memang tidak boleh diketepikan. Tetapi siapa Pak Man sehingga ada orang UMNO yang mahu minta pandangannya kerana pernah dicap sebagai bekas komunis pulak tu....Tapi Pak Man sendiri tidak pernah menyokong perjuangan komunis... Malah dia tetap seorang Islam dan menunaikan solat lima waktu.

Menariknya...pada usia ini, Pak Man masih sihat tanpa sebarang penyakit kronik dan dia masih gigih membaca sekurang-kurangnya tiga akhbar setiap hari dan pelbagai bacaan lagi termasuk mesti menonton siaran berita TV.

Pada pandangan saya, silapnya Pak Man kerana masuk ke hutan sehingga dicap sebagai komunis. Kalau tidak pastinya dia sudah menjadi orang penting di dalam UMNO yang tetap disayanginya sehingga nyawa habis di badan.


Friday, February 24, 2012

BILA KE SIDANG AKHBAR MUFTI

Esok ada sidang akhbar oleh Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya. Pagi lagi aku sibuk menelefon kawan-kawan...mana satu pejabatnya....ingatkan dekat Jabatan Agama Perlis ka....kat Mahkamah Syariah ka...rupa-rupanya kat tempat pejabat kerajaan negeri Perlis yang lama....kata orang kat sini dekat jam besar macam kat London tu...

Namanya memang dah tersohor...masa duduk di Kuala Lumpur lagi aku pernah telefon dia untuk membuat susulan berita berkaitan dengan isu agama campur politik.

Masa masuk pejabatnya, dengana rendah hati dia kata, ``maaf ya pejabat saya yang sempit ini buatkan tuan-tuan dan puan-puan semua rasa tak selesa...'' Kami semua memang tidak kisah...tapi yang unik kat Perlis ni.... bukan wartawan Melayu sahaja yang hadir di pejabat Dr. Juanda tapi juga dari akhbar Cina (mereka lah yang sudi ambil gambar ini untuk kami mengabadikan kenangan bersama Dr. Juanda).

Ternyata...Dr. Juanda begitu sederhana...malah dia agak segan dengan mengatakan tidak memakai baju lebih bergaya jika tahu kami semua ingin bergambar dengan dia.

Paling lawak, habis dikeluarkan makan yang ada dalam simpanannya...pelbagai jenis biskut...dan rempeyek...semua kawan-kawanku makan...(kecuali aku sebab dah sarapan di rumah).

Berbelas cawan air teh juga terpaksa pelayan pejabat tu kena sediakan untuk kami semua.

Sidang akhbar Dr. Juanda juga menjurus kepada apa yang telah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Fatwa Perlis yang berlangsung baru-baru ini.

Antaranya beliau bimbang dengan gejala filem seram yang membuatkan kanak-kanak lebih takutkan hantu dari Allah. Apa nak jadi pada generasi akan datang kerana asyik takut hantu...Biarpun banyak fatwa yang diputuskan...aku agak hati-hati kerana isu berkaitan dengan agama ni tidak boleh buat silap.... Jadi peninglah juga nak menghasilkan berita mengenai isu agama ni.... Gitulah hidup wartawan kena tahu semuanya....

Saturday, February 4, 2012

AKHIRNYA BERTUGAS DI KAMPUNG HALAMAN

Penat mengemas masih belum habis. Sebab mengemas tak habis-habis. Semua ini gara-gara pertukaran kali ini berpihak kepada aku.

Akhirnya perjuangan untuk balik kampung...alhamdulillah Allah makbulkan...sesungguhnya Allah mendengar rintihan ini demi ibu ku. Antara percaya dengan tidak...tapi aku kena percaya jugak...sesekali terasa pula sayang nak tinggalkan kota Kuala Lumpur...tapi kasih sayang di tanah kelahiran ku melebihi segala-galanya.

3 Januari 2012...aku pulang berkhidmat di Utusan Melayu Cawangan Kangar. Dah sebulan aku di sini sebab aku kemaskini semula blog ini pada 4 Februari 2012.

Teringat di sini mula-mula aku menapak sebagai pemberita sambilan. Akhirnya selepas dua tahun setengah aku menjadi wartawan di Utusan Melayu Kuala Lumpur.

Kini aku kembali. Ada lagi beberapa kawan lama dari akhbar berbahasa Melayu dan Cina yang mengalu-alukan kepulangan aku.

Cuma masing-masing dah berusia. Tetapi masih dalam bidang kewartawanan.

Tetapi mereka seakan tidak percaya aku dah tinggalkan Kangar selama 20 tahun.

Lebih kelakar seorang budak Cina (dulu masa aku jadi pemberita sambilan) yang menjual cederamata di kedai sebelah tempat kerja pun masih ingat aku.... He..he...aku kan peramah...dengan sesiapa sahaja aku sudi bersembang....

Lebih tenang dan rileks bekerja di Perlis....jarak tempat kerja ke rumah..hampir satu kilometer...tiada langsung kesesakan jalan raya (jem) dan setiap hari kena tempuh satu sahaja lampu isyarat..kira-kira dua minit boleh sampai dah ke Utusan.

Dan aku mula merasai masa yang lebih panjang apabila bekerja di Perlis sebab begitu mudah dan cepat untuk ke tempat tugasan...maklumlah di Kuala Lumpur...nak meredah jalan dan parkir sahaja satu setengah jam...separuh hari masa kerja di sana hanya dapat mencari satu bahan sahaja.

Apa pun alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah.... :))