MUSIM PRU kembali...sebenarnya dah dua kali realitinya aku terlepas dari membuat liputan PRU ini.
Masa PRU-11 tahun 2004...aku di meja penyunting (sub-editor) di Utusan Malaysia, sibuknya cuma di depan komputer sahaja. Bahang membuat liputan memang tak adalah.
Sekali lagi pada tahun 2008 (PRU-12) aku ditempatkan sebagai wartawan di meja Utusan Melayu Mingguan dalam tulisan jawi...jadi sah-sahlah tak terlibat secara langsung.
Tahun ini...PRU-13, peluang yang lama aku tunggu. Kali ini di Perlis...negeri kelahiranku. Bermula pada hari penamaan calon Barisan Nasional (BN) pada 15 April...maka bahangnya mula dirasa.
Lebih menariknya hari ini, aku ditugaskan di kawasan penamaan calon di Dewan Sivik, Arau.
Sini kawasan panas, maka ramai di kalangan media memilih untuk membuat liputan di sini.
Satu yang membuatkan aku merasai nikmatnya menjadi seorang wartawan...tunjuk sahaja kad Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kad media....mudah sahaja menuju masuk ke dewan tempat pencalonan.
Lebih mengembirakan inilah peluangnya berjumpa dengan kesemua calon yang bertanding sedangkan penyokong berasak-asak panas dengan setia menunggu calon parti masing-masing di luar selama berjam-jam. Tidak mengapa sebab itu tanda kecintaan mereka terhadap parti.
Bagi aku adalah biasa jika bercerita tentang calon parti...tapi hari ini aku tertarik dengan dua calon Bebas...satu aku sempat interbiu di dewan dan satu lagi menerusi panggilan telefon.
Aku ucapkan tahniah kepada calon Bebas itu kerana ada keberanian untuk bertanding dengan calon-calon yang bernama besar. Ada kata dia kecewa kerana tidak terpilih.... Tapi dia kata sudah lama merencanakan hasratnya itu...demi untuk menjadi seorang calon kepada rakyat.
Begitu juga dengan seorang lagi calon Bebas...bersemangat tinggi untuk membantu rakyat dengan prinsipnya sendiri...dia juga bukan bukan calang-calang orang...berpendidikan tinggi dan mempunyai syarikat besar di tetapi tidak mempercayai untuk mewakili mana-mana parti atau tidak disenaraikan dalam parti yang dianggotai.
Dulu masa aku masih remaja, suka gelakkan calon Bebas sebab menganggap dengan berlambangkan kunci, payung dan sebagainya seolah-olah lekeh, tidak berprinsip, serta macam main-main untuk bertanding.
Tapi hasil permerhatian aku calon Bebas ini sememang bersemangat tinggi kerana bukan sahaja dituduh bakal menjadi `pemecah undi' kerana menganggu jumlah undian untuk calon yang diramal akan menang tetapi jika calon Bebas menang pun tidak akan ke mana kerana tidak boleh mampu untuk membentuk sebuah kerajaan sendiri.
Setiap kunjungan pelawat dihargai
Saturday, April 20, 2013
Saturday, April 6, 2013
JIRAN DAN PENGUATKUASA BANDARAN YANG ZALIM
Peristiwa pahit ini telah berlaku ke atas ibu saya pada pagi 12.11.12. Beberapa hari sebelum ibu menyambut hari lahirnya ke 70 tahun. Ibu pula memang menghidap penyakit darah tinggi sejak tahun 2000 dan tahap penglihatannya sudah rabun sejak sepuluh tahun yang lalu.
Kira-kira pukul 11 pagi...kira-kira selepas 20 minit saya keluar untuk ke tempat kerja, tiba-tiba ibu yang tinggal berseorangan di rumah (dia memang tinggal dengan saya di kawasan perumahan teres kembar dua di Kangar dikejutkan dengan panggilan jiran sebelah berusia (lelaki 50-an) yang beberapa kali membunyikan loceng.
Ibu dalam keadaan teraba-raba membukakan pintu dan keluar ke pintu pagar kerana memikirkan mungkin ada hal penting untuk diberitahu oleh jiran ini.
Rupa-rupanya jiran tadi datang dengan beberapa pegawai Majlis Perbandaran Kangar (MPK) termasuk Ketua Penguatkuasanya yang mahu keluarkan saman ke atas ibu kerana letak pasu bunga di jalan awam.
Jiran lelaki tadi memberi alasan dia tidak puas hati pasu bunga diletak di tepi jalan di hadapan rumah saya kerana menghalang dia untuk parkir lima kereta termasuk dua buah lagi di bahagian kiri dan kanan pagar saya pada setiap hari.
Sebetulnya ibu tidak tahu menahu pasal pasu bunga itu kerana saya yang meletaknya sebelum keluar dari rumah kerana untuk memudahkan saya mengambilnya untuk diletakkan di kampung kerana banyak sangat pasu bunga di dalam kawasan rumah. Itupun hanya tujuh buah pasu yang diletakkan di bahu jalan pada bahagian kiri pagar saya dan langsung tidak masuk kawasan jiran sebelah.
Berbalik pada kisah ibu saya, berkali-kali dia menjelaskan pada jiran dan penguatkuasa MPK yang dia tidak meletakkan pasu itu....jumpa saja saya (anaknya) orang yang meletakkan pasu ini. Tetapi yang menyedihkan cacian terhadap ibu oleh jiran ini yang sudah naik gila semakin menjadi-jadi.
Antara kata-katanya: ``Mak Wa sudahlah buta, tidak ada akal, perut busuk, nama sahaja pergi haji dua kali tapi buat menghabiskan duit, padan muka laki mati - termasuk dilepaskan cacian terhadap aruah ayah dan semua kata-kata itu diulang-ulang dengan kuat bagai halilintar dan masih meletakkan ia sebagai kesalahan ibu kerana meletak pasu bunga di bahu jalan (pada hal langsung tidak menghalang laluan).
Kemudian datang seorang lagi jiran perempuan sebelah rumah untuk terus membuli ibu saya yang bersendirian tanpa sesiapa (saya pula baharu hampir sejam keluar rumah) dengan menambahkan lagi penghinaan terhadap ibu...`muka tak malu sanggup curi buah mempelam pokok kami' dan kemudian buang ranting ke rumah kami,'' - (kenyataannya mata ibu pun tak nampak macamana tahu ada buah?)
Tidak cukup dengan itu...pegawai MPK juga memaksa ibu supaya segera mengangkat kesemua pasu bunga itu ke dalam kawasan rumah dan memberi amaran akan datang melawat lagi untuk memastikan arahan itu dipatuhi.
Dalam pada itu datang pula lagi dua anak perempuan jiran lelaki itu menolak-nolak ibu masuk ke rumah kononnya untuk menghalang ibu saya berkelahi sedangkan waktu itu mereka sepatutnya mententeramkan ayah mereka yang sedang naik gila memaki hamun orang tua. Ketika itu juga ibu dipaksa pegawai MPK untuk mengangkut pasu-pasu itu dalam keadaan cuaca panas terik untuk dimasukkan ke dalam kawasan rumah. Kesemua pasu itu pula memang berat.
Sebagai anak saya amat kesal kerana saya gagal menjadi pelindungnya pada ketika dia dibuli dgn manusia tidak berhati perut terus serang dengan kata-kata kesat tanpa ada belas kasihan.
Saya pula ketika itu pula baru sejam berada di tempat kerja dan dikejutkan dengan panggilan telefon dari jiran wanita di hadapan rumah yang hampir menangis menceritakan perbuatan kejam yang sedang diperlakukan terhadap ibu saya. Dia mahukan saya pulang segera ke rumah untuk melihat keadaan yang kejam ini. Tteapi sayangnya saya tidak sempat.
Sesungguhnya amat sukar untuk saya percayai bahawa perbuatan ini dilakukan oleh jiran sendiri sehingga ibu saya yang tidak berdosa perlu menghadapi semua ini berseorangan ...hanya air mata sahaja yang mampu mengalir tanpa henti. Ibu hampir tidak terkeluar suara sewaktu menceritakan kekejaman itu.
Amat memilukan kerana masih ada manusia di bandar sekecil ini berjiwa `ISRAEL'.....Biarpun sekarang sudah bulan April 2013....ibu dan saya masih tidak melupakan peristiwa pahit ini. Tidak akan sesekali memaafkan perbuatan kejam kesemua yang terlibat ini.
Saya pula setiap kali ke majlis anjuran MPK akan bertemu dengan Ketua Penguatkuasa MPK yang zalim itu....yang akhirnya saya mendapat tahu adalah sepupu kepada isteri jiran yang kejam ini. Tak sanggup saya melihat orang seperti ini menggunakan undang-undang untuk kepentingan saudara-mara bagi membuli warga emas dengan kejam sekali.
Saya (pemilik rumah) mendapat surat saman kerana melakukan perbuatan kacau ganggu hanya kerana letak tujuh pasu bunga letak di bahu jalan hadapan rumah sendiri. Perkara yang pelik tetapi undang-undang ini dilaksanakan untuk kepentingan keluarga sendiri bagi menakutkan jiran-jiran yang lemah.
Untuk pengetahuan pembaca blog ini yang budiman...jiran lelaki yang garang ini sebenarnya pernah berkhidmat di dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan sebaik berhenti dia membuka empat kedai pajak gadai dan terbaru membuka kedai emas di Kuala Perlis atas nama isterinya.
Selain itu jiran ini tidak pernah rasa bersalah jauh sekali untuk meminta maaf kepada ibu sehingga ke hari ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)