Setiap kunjungan pelawat dihargai

Sunday, June 10, 2012

HARI CUTI CARI PULUT SAMBAL

Sedapnya....pulut sambal Makcik Chah Kuala Perlis
Semua ni gara-gara ke sebuah majlis untuk bertemu bual dengan Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Radzi Sheik Ahmad di sebuah dewan di taman perumahan di Kuala Perlis.

Pada majlis itu aku dah nampak pulut sambal ni (maklum la makanan kegemaran)...tapi batalkan hasrat itu apabila Datuk Seri sendiri yang nak layan...siap letak isi dan kuah laksa sekali dalam mangkuk aku.

Dah habis laksa...baru pergi ambil pulut sambal...dah sikit tinggal..ramai yang minat rupanya...patutlah mak oii sedapnya sehingga sempatlah tanya di mana ia dijual.

Masa pertama kali pergi cari...si penjualnya Makcik Chah tak berniaga. Dia berniaga dekat jambatan untuk menyeberang ke Seberang Ramai, Kuala Perlis.....jalannya sempit....tak boleh dimasuki kereta.

Petang ni aku nekad pergi naik motor lah jawapnya.

Tak kira panas...ku redah..alhamdulillah...akhirnya dapat beli pulut sambal Makcik Chah.

Memang sedap sangat dan puas makan...satu dijual RM1...pulutnya kenyal dengan sambal ikan yang banyak....Sempat ambil nombor telefon lagi...

Tuesday, June 5, 2012

SEMPENA KEPUTERAAN RAJA PERLIS - PUSAT KOREKSIONAL DIRASMI

Pusat Koreksional Perlis bernilai RM135 juta ini siap dibina pada April 2011 di kawasan seluas 40.5 hektar di mana mampu menempatkan 800 penghuni.

Pintu masuk Pusat Koreksional Perlis di Jalan Kok Klang, Mata Ayer, Perlis 



Sempena Sambutan Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail Ke-69, Pusat Koreksional yang akhirnya dirasmikan pada 29 Mei baru-baru ini.

Pertama kali melalui pusat ini memang pelik dengan nama `Koreksional'..tempat apa tu...rupa-rupanya Penjara.

Koreksional lebih kepada nama yang diterjemah dari perkataan Inggeris...iaitu `correctional' tetapi kepelikan nama ini sebenarnya mengundang kepada perkataan yang buatkan sesiapa sahaja cuba untuk `mengubahsuaikannya' dengan sesuka hati....  

Tetapi seperti titah Raja Perlis, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Penjara Malaysia telah melakukan transformasi dengan mengubah institusi berbentuk penahanan dan penghukuman kepada sebuah institusi berbentuk pemulihan seperti Pusat Koreksional.

Baginda percaya pusat ini mampu mengintegrasikan semula penghuni ke dalam masyarakat.

``Beta difahamkan ini kerana terdapatnya pelbagai program pemulihan di luar tembok mengintegrasikan semula penghuni ke dalam masyarakat penjara bersama komuniti yang diperkembangkan seperti Sistem Parol, Perintah Kehadiran Wajib dan Pusat Pemulihan Masyarakat,'' titah baginda.

Aku juga ambil masa untuk tahu...apa itu Pusat Koreksional....ia sebenarnya adalah sebuah penjara tapi namanya ditukar dengan sebutan lebih lembut bagi menunjukkan tempat untuk menghukum pesalah jenayah kini tidak seganas pada zaman sebelum ini....pusat ini juga lebih moden dan cantik....

Malah aku juga tidak lagi merasa gerun seperti yang dirasai ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Penjara Kajang atau Penjara Alor Setar (yang lama).

Bila dah nama Pusat Koreksional, susah pula apabila perlu tukarkan nama `banduan' kepada `penghuni'....nanti pembaca tidak tahu pula penghuni apa....maka kenalah juga sebut `penghuni penjara'...

Jadi kalau masih tak insaf lagi selepas dihantar ke Pusat Koreksional...tak tahu nak cakap apa lah...Dan satu lagi masyarakat juga tidak boleh memandang hina kepada bekas penghuni ini. Berikan mereka peluang...untuk terus hidup di bumi Allah dengan tenang.